Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 19, 2010

Kepala gatal tidak terperi...

Malam tadi, rasa kepala agak gatal. Minggu lepas sangat sibuk dengan demam laaa apa laaa.. Nak mandi pun ala-ala je tak dak selera.. Tenyeh kepala dengan minyak angin laaa.. tampal koyok la... buh ais laa.. Tambah peluh-peluh lagi apa lagi..


Alaaa.. biasa laaa orang tak berapa sihat kan? Nak urus diri pun malas.. Sekali tengok dalam cermin, "Ya Allah, dah macam pompuan anak sepuluh dah aku ni!" Terus je pi mandi, syampoo rambut sket. Kesian laki aku kena tengok aku macam beranak sepuluh. Kalau betul beranak sepuluh tak pe laaa.. hahahha Tapi, kejap je sebab mandi lama-lama macam nak pitam. Sejuk pulak tu.. Ah.. pendek kata memang minggu lepas tak sihat laaa... Tak de mood nak buat apa pun..



Lepas tu pulak, hari Khamis tu rasa sihat sikit pi lah kerja. Lepas kerja kena bergegas balik Serdang pulak dah.. Tak sempat nak cuci kepala segala bagai. Sampai laaa ke malam kat Gombak pun tak sempat nak cuci kepala betul-betul... Jumaat pun sama.. Sabtu pun sama.. Tergaru-garu macam ke hape dah.. Rambut tunggang langgang semua..


Malam tadi, kemuncak kepada kegatalan kulit kepala.. Tak berapa boleh nak tahan dah.. Terus amik limau purut dalam lima biji tu kot.. Lepas tu, potong-potong bawa masuk bilik air... Lepas syampoo kepala guna Rejoice, lumurkan limau (air limau purut) kat kepala..



Haaaa kau!!!!

Lega bebenar rasanya! Mula-mula rasa macam pedih-pedih. Sikit je. Lelama macam sedap.. Macam kulit kepala digaru-garu dengan sendirinya. Lepas tu, saya kepit rambut ala-ala bersanggul gitu.. Biarkan 15 minit. Akhir sekali bilas laaa kepala hingga bersih!


Huwaaaaaaaaaaaaa!! Betul laaa! Memang lega kulit kepala... Tak gatal.. Mungkin syampoo kita pakai sehari-hari ni banyak bahan kimia kot. Lama-kelamaan kalau tak bersih cuci bahan kimia tu, melekat kat kulit kepala. Lama-lama boleh jadi kelemumur. Syukur saya bukan jenis berkelemumur. Tapi, jenis berminyak sikit..


Ada pulak, syampoo yang dikatakan mengakibatkan barah laaa apa laa... Saya rasa, lebih baik kita beralih kepada syampoo yang berasaskan herba macam syampoo Mustika Ratu ke apa-apa je lah yang tak de bahan kimia. Tapi, terjamin ke syampoo yang pengeluar nya duk canang-canang tak de kimia laa apa tu.. Betul-betul ke tak da bahan kimia? Orang kata, baby syampoo yang paling kurang komposisi bahan kimia. Tapi kang, tak bersih pulak kepala ni pakai baby syampoo kang..


Ke korang rasa macam mana? Korang pakai syampoo apa sekarang?
Mehlah kongsi.........!


4 comments:

Unknown said...

ke ada kutu kak? heheheh.. gurau je tau!

Tie HT said...

semua ada bahan kimia dik ain..kalo tak berkulat syampu duk lam botol tu..tp terpaksa gak pakai..sbb kepala akk minyk gak..limau pn tenyeh gak..mmg fresh kan.

puanstoberi said...

Aik..apsal lps baca citer ni sy lak rasa mcm gatal2 kepala.. ah sudahh.. huhuhuhu

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

x tau nk suggest apa..sbb now tgh mengalami keguguran rambut melampau..isk..isk..