Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 5, 2010

Sepetang di rumah abah

Sebenarnya bukan Sepetang ok!
Sepetang membawak laaa ke malam..
Seharian ke ek akalu gitu?
ah... tak kira laaa apapun!



Kami pergi rumah abah boleh kata tiap2 hari.
Cik abang kata, abah ni sejak dua menjak ni memang macam nak kan perhatian anak-anak.
Memang betul kot!


Yelah, orang tua kan.
Bila anak-anak dah duduk sendiri.
Dia sorang-sorang kat rumah.
Dah pencen, tak de kerja..
Rasa keseorangan, kesunyian..
Nak nak pulak, abah ni 'bapa tunggal'.
Kalau ada bini mungkin dia gagah sikit kan....
hehehe (menantu bertuah)~tapi, betul laaa kan?



Hari tu, masa habis projek di Besut ada lebih tiles.
Cik abang bawa balik ke rumah abah.
Nak pasang kat bilik air rumah abah.



Dah berabad kat sana, tak pasang-pasang.
Maka, mereka adik-beradik telah berpakat untuk balik pasang tiles itu.



Maka, bermula lah proses pemasangan tiles oleh dua beradik.
Cik abang dan adik ipar saya..
Oleh kerana mereka ni amatur, maka.... sangat lah lama menunggu nak siap!

Saya dah bosan..
Dari pukul 2 sampai laaaa ke pukul 11 malam.
Hahahaha



Nasib baik ada si Becok Haikal ni.
Becok laaa budak ni!Dia kalau nampak handphone saya, memang asyik laaa nak tengok gambar.
Lepas tu, dia cakap...
"Asyik gambo Ayah Lang (cik abang) je!"



Hahahaha
Dah laki aku kan..
Haruslaaa gambar dia je penuh dalam handphone aku




Dia sibuk suruh ambil gambar dia berposing dengan OneDropPerfumes ibu dia.
Adoi laaaa....


Bila saya cakap,
"Haikal... masam je! Senyum laaa sikit!"
Terus dia senyum macam ni..
Adoi.. macam laa comel sangat.
Hahahaha

Ini pulak, lepas dia tenyeh perfume kat casing handphone saya,
sibuk nak cium..



Saya cakap lagi,
"Haikal, senyum laaa sikit"
Maka, dia pun buat lagi buka macam ni..
Lepas tu, orang nak pi mana semua nak ikut..
Sabooo je laaa!


Akhirnya, pukul 11 malam siap semua proses pemasangan tiles tu..


Abah dah semangat nak memasak.
Kan saya dah kata, dia mahukan perhatian.
Bila anak-anak balik, berseri-seri muka, kaki bengkak pun tak sakit...
Siap boleh goreng daging ala kelantan yang sodap!!!


Balik rumah pada pukul 12 malam
bersama perut yang ketat!


=D


No comments: