Pembaca Blog Ini...

Monday, November 22, 2010

....Daging Kambing Terakhir dalam Hidup Saya...

Esok pelajar Tingkatan 5 akan menduduki SPM.

Saya ada sepupu yang akan berjuang esok. Semoga dia berjaya menjawab dengan tenang dan diberi kelapangan fikiran.

Bercakap pasal sepupu saya ni, teringat hari tu dia ada cakap,
"Long, (nama glamour saya di kalangan sepupu) aku tak leh makan kambing. Nanti aku muntah!"

Saya dengan berlagaknya,
"Eleh, aku boleh je. Makan kambing ok je. Tak muntah pun!"

Tengahari semalam, saya balik rumah. Cik abang cuti semalam. So, saya balik tengahari untuk menyantap lah kan. Cik abang masak nasi dan panaskan lauk yang ada lagi dalam peti ais tu. Lauk kambing masak kicap yang sedap. Tapi, saya makan kuah dia sikit-sikit je. Sebab kepala macam dah pening-pening. Masa tu fikir, "kolestrol dah banyak benar kot dalam badan aku ni... Aku kena berhenti makan daging sekarang". Selebihnya, saya makan ayam goreng je.

pict from google

Tapi, lepas makan .. Kepala jadi pening semacam. Pening memang macam tah apa-apa. Memang pening la.. Tak main-main punya pening. Terus tak jadi masuk office petang semalam. Terlantar lah atas katil. Memang tak boleh blah. Tengah-tengah pening tu, boleh lagi ingat nak tengok tudung petang tu kat kawan. ahhaha (tak senonoh)

Pening pening dan terus pening. Tak boleh tahan. Lepas tu, teringat petua Kak Ina kat FB. Minum air limau suam. Cik abang pun buatkan air limau suam tu. Lepas minum tu, tak de rasa semakin baik pun. [Mesti Kak Ina ni tipu ni~dalam hati. HAHAHAHA] Saya expect nak minum terus baik, hilang pening bla bla bla.. hahah Mana nak cari kan?

Beberapa minit je lepas minum air limau suam tu, terasa macam nak pitam. Ish, ini bukan mengada-ngada tau. Ini betul punya rasa nak pitam. Lepas tu, rasa nak muntah tahap gaban. Lari-lari nak pi kat toilet. Tak sempat. Bersepai depan pintu bilik, dekat ruang tamu, dekat dapur... Kesian sungguh cik abang kena cuci semua. Maaf lah, bang! Tak sengaja.. Ampun maaf dipinta...

Pak mertua kata, ada orang darah dia tak serasi dengan daging kambing. Ye ke gitu? Kenapa selama ni, saya makan kambing rilek rilek je. Kenapa baru sekarang nak pening segala bagai. Saya ada darah baru kot. Darah baru ni, tak sesuai dengan daging kambing. Hahaha.. Saya rasa, mungkin sebelum ni saya makan sikit je. Setakat seketul dua makan dengan roti tempayan je. Kali ni, boleh kata banyak juga lah makan. Kambing fresh pulak tu kan? Memang berpinar lah kepala semua.

Cuba korang baca kat link ini.... Mana ada makan kambing boleh buat tekanan darah naik. Atau mungkin saya muntah disebabkan perkara no. 7 dalam artikel tersebut. Atau

pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Orang kata, makan apa-apa pun kena bersederhana kan?
Tapi, mulai hari ini, saya tak mau makan kambing....
Saya dah join Persatuan Tidak Makan Kambing Sekeluarga.
Hilang satu jenis nikmat makanan..
Huk huk huk.



8 comments:

Sidratul Muntaha said...

boleh caya ker?
ahaha
persatuan tidak makan kambing sekeluarga?!
huahuhauha
ain,ko tgk kambing jenis ape ko makan laa
aku selalu mkn kambing jamnapari n biri - biri ok jer.
aritu masa kat kg mkn kambing boer,aku pun kena mcm ko.
pening kepala tetiba.
tpi aku bwk mandi..
segar kembali!!!
ahahaa.
sian ko.

~ain said...

ayu.. adik aku yang perempuan semua tak makan kambing. mak aku, confirm aa sbb darah tinggi.

aku tak tau kambing jenis apa. tp org kampung duk huha huha kata kambing kampung. tah laa... aku dah mandi dua kali, tak lut gak weh.. lepas muntah terburai semua isi perut, baru lega sket kepala aku..

takut aku nak makan kambing dah.. aku ni cepat serik kot.. heheh

CkDs AhRa said...

mkn skit ok..jgn mkn byk2...sape yg tak tahan mmg bleh pitam..kolesterol plg tinggi pd kambing ar...

~ain said...

ck.. ye laa kot.. tapi, banyak pun tidaklah sampai 10 ketul pun. ada laa 5 ketul kot makan... tah, tak mau aa makan lagi buat masa ni. dua tiga empat tahun nanti tak tahu aa pulak kan.. hehhe

Zura Tahir said...

siap ada persatuan lg..tp comey je kmbing tue senyum...senyum kambing..

Sidratul Muntaha said...

ko nak ade isi kut?
amin!

~ain said...

zura.. kambing tu mmg comel.. rugi betul tak boleh makan kambing dah.. huhu

~ain said...

ayu.. agak mencabar tu! hahaha ameen lah weh..... ameen! =)