Pembaca Blog Ini...

Thursday, November 11, 2010

Jual tudung!

Eh, bukan saya!
Officemate saya ada sekali tu datang opis dengan memakai tudung yang comel!



Saya pun tanya, "Eh. mana beli tudung ni? Sangat comel!!"

Beliau pun menjawab, "Makcik kita jual. Nak beli?"



Kalau Noraini jawab tak mau beli tudung,
memang pelik aaa kan.
Sebenarnya, saya tak berapa suka membeli di pejabat ni.
Tapi, dek kerana kawan ni memang rapat.. jadi beli lah jugak.



Lagipun, baru dua tiga hari lepas saya merengek kat cik abang.
"Abang, owang kekurangan tudung!"
[Lepas tu kena jeling.. HAHAHAH]



Apa lagi, saya pun melambak-lambakkan koleksi di atas meja!
Warna cantik-cantik.
Kain yang molek.
Harga yang berpatutan.



Apa lagi yang anda perlukan untuk sehelai tudung selain ciri-ciri yang saya sebutkan di atas?
Memang rambang mata...
Saya terus ambil tiga helai.
Kawan punya pasal, kan?
Tapi, memang berbaloi-baloi tau!



Alah, tak yah tunjuk aaa..
Over pulak rasanya!

(>___<)

2 comments:

Zura Tahir said...

zura pun klau mber yg jual...xsmpai hati klau xambik...tolong kawan...

~ain said...

heheh mmg pun zura! tp in tgk gak aaa benda apa dia jual.. oleh kerana tudung, ain pun bersetuju aaa nak beli.. heheh