Pembaca Blog Ini...

Wednesday, November 24, 2010

Pernah pakai apa?

Sejak masuk sekolah menengah,
saya memang pernah pakai macam-macam jenis pencuci muka.


Memang berpuluh jenis kot rasanya.
Kulit saya jenis kulit berminyak dan mudah berjerawat.
Jenis kulit sama macam kulit mak.


Kalau boleh kikis bahan kimia yang pelbagai kat kulit muka ahkak ni..
Ish ish ish memang tak boleh blah punya perumpamaan!


Meh senaraikan meh!
Tak semua yang saya ingat.
Sebab dah banyak benar mencuba.



Ini adalah pencuci muka pertama saya guna.
Masa baru masuk sekolah menengah sampailaaaaa tingkatan 5.
Setia agung dengan Eversoft.
Hahha sebab?
Mana laaa reti nak berhabis duit kat Guardian ke Watson ke
nak beli macam-macam jenis pencuci muka kan?
Apa yang mak beli, itu lah yang saya pakai.
Padahal bukan lawo sangat kulit muka pun bila pakai Eversoft tu.
Dulu, masa sekolah... Saya memang berjerawat gile babeng tau!
Muka penuh jerawat pasir.
Kalau kikis, bpleh buat rumah sebuah kot jerawat pasir tu.
Hahahhaha
Setelah sekian lama, bertukar ke Pond's.
Jerawat pasir, masih ada.
Tetap berlambak..
[Tapi, kat sekolah.. ada je orang nak ngorat. So, tak de masalah lah kan?]

Lepas tu, macam-macam lagi aaaa cuba.
Saya bukan buat-buat cerita kosong.
Lepas SPM, duduk rumah sahaja.
Kerja jadi orang gaji mak je.
Muka pulak makin lama makin berpasir.
Lelama, macam tukar jadi batu.


Sampai satu tahap, dah tak tahan sangat.
Mak pujuk ayah sponsor rawatan resdung untuk saya.
Terima kasihlah, ayah!
Memang bagus sangat produk ni.
Sekali dengan rawatan dan produk dia
kalau tak salah masa tu dalam RM400++ juga lah.
Masa dulu, RM400 kan kira besar juga nilainya kan?
Tapi, berbaloi.
Lepas tu, semua mak nenek atuk bapak jerawat memang hilang.
Memang jauh lebih jelita aaaaa ahkak lepas tu.
HAHAHAHAH



Lepas dah selesai rawatan resdung yang mahal itu, saya try Olay.
[Nak terus guna produk Cleopatra tu, tak dah duit..]
Olay lah rangkaian produk yang paling banyak saya try.
Olay White ke tah apa kebenda masa tu.
Masa kat UiTM saya pakai Olay juga.
Mula try jenis A, bila guna nampak macam tak best, tukar ke B.
Yang A tak habis tu, buat sabun badan.
hahahha..
[ Tokey balak pun kalah weh]
Lepas tu, masalah jerawat datang balik.
Kawan mak syorkan ini.
Golden Herbs Soap, Sendayu Tinggi.
Ok.. tapi, lelama macam bosan.

Lepas tu, dah tak larat nak cerita dah..
Korang tengok je laa gambar ni!


Sekarang, saya sedang obses dengan ini!
Acne-Aid Bar!
Best..........
[setakat ini lah]

Untuk scrub, sejak saya kenal erti scrub wajah dalam hidup saya,
saya hanya menggunakan yang ini!
St.Ives Apricot ScrubWalaupun saya suka bertukar-tukar pencuci muka,
saya hanya ada seorang ex-boyfriend je tau!


HAHAHAHAHAHA


4 comments:

CkDs AhRa said...

hahahha..sama lah...sy pun baru sorang ex bf...mcm nak tambah lg jerk...hahahha

Zura said...

zura dulu masa bdk2 pakai sabun mandi je...lepas tue pakai safi...gatal tukar loreal...pastue safi balik...smpai skrg...setia

PUANSTOBERI said...

Satu pencuci je sama ngan Reen yaitu Ponds.
Reen plak jenis setia ngan satu2 jenama. Rasanya sejak mula pakai pencuci muka yakni form 1 hingga skang ni baru 4 jenis yg diguna
1. hazeline snow (sekolah) 2. Ponds (uitm) 3. loreal (keja) 4. Simplysiti (da kawen).

Tp...SS tu saja je terai. Masih setia dgn loreal sebenarnya. Huhu

Joy said...

me too .mmg suka tukar2 skincare product..mencuba2 gitu..hehhee