Pembaca Blog Ini...

Tuesday, November 30, 2010

Memutuskan tali silaturrahim adalah berdosa

Pagi tadi, masa sarapan..
Saya tanya kat cik abang,


"Abang... lama dah abang tak pi rumah ********!
Abang mera
juk lagi ke?"


Ada lah satu kes ni.
Kalau saya jadi cik abang, saya memang sedih.
Tambah pula saya ni kan memang ratu air mata.
Situasi yang pada saya tidak adil sama sekali.
Tidak patut berlaku.
Tidak patut terjadi (ayat berulang).


Saya mengenali cik abang sejak 1999.
Sepanjang tempoh itu, kami tahu yang kami memang banyak perbezaan.



Saya jenis sikit sikit hua hua hua hua..
Sikit sikit merajuk.. Sikit sikit marah..
Sikit sikit benci.
Sikit sikit mengamuk.
Saya degil.
Tak mau beralah.
Berkira.
Kedekut.
Keras hati.
Mudah melenting.
Mudah stres.
Panas baran.


Cik abang lain. Dia jenis cool.
Jenis senang dibawa berunding.
Pemurah ('Hisyam' tu maknanya Yang Pemurah).
Mudah berkompromi.
Tak berkira.
Mudah kasihan.
Lembut hati.
[Ada sekali tu, ada orang langgar kereta dia,
lepas tu dia tak jadi minta ganti rugi sebab dia kata kesian pompuan tu dukung anak,
nangis-nangis cakap ada RM50 je dalam poket
]
Memang jenis suka beralah.
Beralah tu dah sinonim dengan dia.
Dia jenis jarang mengamuk.
(Tapi, saya takut ooooo kalau dia marah. Saya boleh jadi senyap macam tikus)


Kadang-kadang, saya rimas.
Mentang-mentang dia tak kesah, orang pun buat dia lebih kurang.
Lembut hati.
Tak sampai hati.
Tak tergamak.
Sebab tu, orang berlebih kurang je dengan dia.
Orang lain, tergamak pulak buat dia macam tu.
Stop
! Tak payahlah saya elaborate satu-satu.
Paham-paham je dah lah.


Tapi, mungkin saya tak macam tu.
Jadi, saya tak boleh aaa bersikap macam tu.
Selama menjadi temannya, saya selalu belajar menerima.
Belajar memahami. Belajar bersabar sikit.
Kan saya dah kata tadi, saya ni jenis panas.
Jadi, kena belajar suam kan diri sikit...
Sekarang pun, sedang belajar dan akan terus belajar!


Ok laaa.. Tau apa dia jawab bila saya tanya soalan tadi?


"Tak baik memutuskan silaturrahim. Berdosa!"


Pening ahkak ko ni, ha! Terkebil-kebil biji mata saya duk fikir,
"Bila masa pula saya kata dia nak memutuskan silaturrahim pulak ni?


Sejak dua menjak ni, dia memang nampak runsing.
Entah apa yang dirunsingkan.
Saya rasa janggal kalau dia runsing, sebab dia memang jarang nampak runsing.
Saya jadi macam kesian sangat.
Sedih je bila dia tak buat lawak lucah tah apa-apa dia tu sebab dia sedang runsing.
Yelaaaa, selalunya saya je yang asyik runsing.
(Maklum sahaja, saya kan jenis mudah stres)
Tapi, baru sekejap tadi dia call.
Dia dapat projek yang dekat ******* tu.
Sampai 2013 (ke tahun berapa ek dia sebut tadi? hahahha)


Syukur, alhamdulillah. Terima kasih, Allah!
Semoga lepas ni, dia tak runsing lagi.........

Sengaja me mosaic kan diri sendiri!

2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ain.. mesti gambar u ni super hot sbb tu kena di mosaic kan ;)

~ain said...

tepat sekali.. hahahahaha