Pembaca Blog Ini...

Thursday, January 13, 2011

Hatinya Menulis

Kalau saya ada masa lapang, saya akan ke blog Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Blog nya yang bertajuk Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Beliau adalah tenaga akademik di UiTM Segamat dan juga merupakan antara Penulis PTS yang ngetop!


Antara buku hasil karya beliau.

Saya tak tahu kenapa. Setiap kali saya baca blog beliau, tak kiralah entri sedih atau gembira.. Saya PASTI bergenang air mata. Kadang-kadang tak terbendung, boleh buat saya menangis tersedu-sedu. Saya tak pasti sama ada korang juga dapat rasa seperti yang saya rasa atau tidak.


Tak kenapa air mata bergenang, saya tak tahu nak cakap. Sukar nak diluahkan dengan kata-kata kenapa saya rasa tersentuh.


Hebat betul 'penangan' menulis dari hati ini. Setiap ayat dan patah kata yang ditulis oleh beliau seolah-olah sampai ke hati. Jauh ke dalam hati... Tak perlu sound effect macam dalam filem dan drama, hati dah boleh rasa.


Ah... tak tahu nak kata macam mana. Tapi, macam itulah!


Saya tak pernah baca penulisan yang sehebat beliau.


Tadi, baca entri yang ini...
Sedih woooo! Baca punya baca, ada pulak ayah saya dok tinggal komen kat situ...


Sekarang? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! =(


2 comments:

Joy said...

dah baca dah.. suka nk quote “Di sebalik kesukaran akan ada kemudahan”.

~ain said...

Joy... harus lah... Itu qoute dari Allah dalam Al-Quran. Orang putih pinjam, panggil Silver Lining.. hehehhe