Pembaca Blog Ini...

Friday, January 21, 2011

Masak Tengahari

Hari ini, macam nak masak lebih special dari biasa.
Selalunya, masak satu lauk je.
Lepas ulang ulang lauk sama sebab kesuntukan masa,
kemalasan (utama) dan keletihan..



Tengahari tadi masak sayur lemak kegemaran cik abang.
Timun dan budu beserta ikan cencaru bakar!

Apa yang kita perlukan untuk memasak tengahari ini?
Saya tunjuk macam mana nak masak sayur lemak kegemaran cik abang saya.
Hmm.. manalah tahu, cik abang korang pun akan suka juga kalau cuba kan?
Kalau tak suka, tak dapek laaa nak nolong eh..
Heheh



Ok, bahan utamanya ialah
kobis dan jagung kecil.
Potong halus-halus.



Cili api, bawang merah dan asam keping.



Ikan rebus yang diasingkan dengan tulang.
(Ini gambar yang belum asing tulang lagi.
Tak sempat nak ambil gambar pulak bila dah siap asing tulang)



Lepas tu, tumbuk lah bawang, cili dan isi ikan sekali.



Masak santan sampai mendidih dan masukkan bahan tumbuk tadi.
Didihkan. Kena kacau tau. Kalau tidak, nanti dia ketul-ketul.



Lepas tu, bubuhlah sayur tadi.
Buh garam secukup rasa!


Bersemangat betul cik abang makan!

No comments: