Pembaca Blog Ini...

Thursday, January 20, 2011

Telinga oh Telinga

Masa bangun tidur, terasa macam ada benda meletup dalam telinga.
Lepas tu, terasa macam telinga berdengung.
Alaaaaaa.. yang macam masuk air dalam telinga tu..
Sakit usah cakap lah kan..
Memang macam nak meletup je telinga (over).
Tak lama lepas tu, ada cecair macam air bisa keluar dari telinga.
Adui laaaa...



Lepas tu call emak.
Mak kata baik pi klinik, sebab nanti selsema teruk.
Memang lah sejak dua menjak ni hidung tersumbat
sehingga memerlukan vicks di dada dan di hidung.
Batuk pun boleh tahan juga.
Hari-hari pakai stokin kat office.



Sampai klinik, mak aiiiiii..
Ramai betul orang demam.
Budak-budak pun ramai yang demam.
Mak pak tuk budak-budak pun demam juga.
Mungkin perubahan cuaca kot.
Dari musim sejuk (ala-ala obersea) nak ke musim panas.
Hahah.. dah macam pakar kajicuaca pulak ahkak ni..



Orang ramai, kena tunggu lama lah sikit.
Masuk bilik doktor, dia cucuk alat apa tah kat telinga saya.
"Oh, ada buting dale lingo!"
Apakejadahnya doktor ni cakap. Tak pahe kawe..
Hahah



Cik abang (selaku jurubahasa) telah menerangkan kepada saya.
Ada semacam bisul dalam telinga. Tapi, dah pecah. (Patutlah keluar air bisa tu)
Doktor kasi ubat-ubatan seperti berikut beserta sekeping surat cuti sakit.
Ada lagi, ubat gatal kaki cik abang (tumpang ubat)..
Semuanya RM20.




Kadang-kadang terfikir, kenapalah sakit datang masa banyak kerja?
Kenapa masa senggang, tak de pulak sakit.
Mungkin kesibukan dan tekanan kerja membuat sakit itu datang.



Allah Maha Mengetahui.



Semoga diampunkan dosa-dosa kecil saya!


2 comments:

Joy said...

semoga cepat baik..

Zura said...

sakit tue..zura pnah rase sakit telinga..berdenytu2 sgt..