Pembaca Blog Ini...

Monday, January 3, 2011

Strategi Naim


Hari pertama sekolah memang macam-macam hal.


Pagi ni berpeluang tengok adik-adik bersiap ke sekolah untuk pertama kalinya di tahun 2011. Masing-masing macam kelam kabut sikit. Maklum sahaja, hari pertama.


Naim dah buat taktik tak nak pi sekolah sejak malam tadi. Dia dah susun strategi-tak-mau-pi-sekolah lepas terdengar perbualan saya dan cik abang yang plan nak ke Ikea hari ini. Masa ni dalam kereta on d way balik dari I-City, Shah Alam dan hantar Icah balik rumah sewa dia. (Nanti saya buat entri pasal ke I-City tu)


Terus dia cakap kat Imah, "Kak Imah, Aim pening kepala. Macam nak tercabut otak Aim fikir."


Imah: Apesal pulak? Aim fikir apa?


Naim: Aim tak tahu kelas Aim kat mana.


Imah: Alah... nanti Aim tanya lah cikgu. Tak pun Aim tanya Pak Guard lah.


Naim: Aduh, Aim rasa macam nak cabut otak kejap. Pagi esok baru pasang balik.


Kitorang ramai-ramai: Aim .... Aim....


Lepas tu, malam tadi pukul 1 pagi pun dia tak tidur lagi. Kejap lapar lah, tak boleh tidur lah.. Lama-lama bila tak dilayan, dia tertidur sendiri. Macamlah orang tak tahu taktik dia nak tidur lambat, lepas tu esok buat-buat mengantuk dan ada alasan tak payah pi sekolah.


Pagi tadi, masa Aim tengah sarapan...


Saya: Aim, macam mana? Aim dah tahu ke mana kelas Aim tu?


Aim: Dah.. Aim rasa kelas atas kot. Alah, kalau tak pun nanti Aim tengoklah kawan Aim. Aim ikutlah dia masuk kelas mana.


Hahahha...
Sebenarnya, lepas dah terhidu strategi Naim yang nak ponteng sekolah tu, saya dah buat-buat berbual dan cakap kuat-kuat dengan cik abang.


Saya: Abang, lain kali lah kita pergi Ikea sebab hari ni macam nak tidur je...


Cik abang: Hmm.. yelah!




Aim... Aim...

1 comment:

Joy said...

hehehe..panjang akal nye..