Pembaca Blog Ini...

Monday, January 3, 2011

I-City, Shah Alam

Malam tadi, ayah suruh hantar Icah balik UiTM.
Naim dah sibuk nak ikut.
Siap nak ajak kitorang bawa dia pi I-City.
Entah siapa tah yang balaci dia suruh ajak tah..
Mungkin Icah, Imah atau Nurul (sepupu yang duduk kat rumah mak ni)


Kemain lagi beria-ia Naim cakap kat Abesam (cik abang) nak pi I-City.
Dia pujuk Abesam dengan tak pandang muka.
Hahhaha Padahal Abesam ok je.
Along yang garang ni yang dia kena pujuk sebenarnya!
hehe


Memikirkan kesian pulak dia kan, jadi saya pun ok je laaa..
Walaupun, saya tidaklah begitu suka sangat ke sana.


Buat pengetahuan sesiapa lagi yang belum pernah ke sana,
harga tiket untuk sebuah kereta ialah RM10.
Hari tu Icah kata dia pi ngan kawan dia RM5 je.
Alahai, bila dah ramai berminat taukeh mau kasi tekan harga kan?


Lepas tu, nak masuk Snowalk tu kena bayar lagi pulak dewasa RM25 dan kanak-kanak RM20.
Kitorang tak masuk pun Snowalk sebab tak nak bayar!
HAHAAHHAHAH


Dah lah.. jom layan gambar.





Masam je muka Aim.
Tension je. Nak pi sangat, bila dah bawa muka masam.
Sabar je...



Apesal muka jadi macam ni?
Taklah....

Selangor di celahan jari.
=)


Gambar memang macam tuuuuuuuuuuuuuut sikit sebab bebudak ni tak bawa kamera.
Ngek je, pi I-City tak bawa kamera.
Sudahnya semua pakai kamera handphone je.
Nasib baik kan?
Kalau tidak, akan aku paksa bebudak ni balik jalan kaki amik kamera.
Hahahhahha
Kejam tak? Kejam tak?
Ah Long (Along) memang dilahirkan untuk kejam.




Ini lah hero kami malam tadi.
huahuhuahuaua
Yelah, kan!
Tanpa beliau tidaklah kami sampai ke tempat ni.



Benci betul tau.
Dah lah kepala macam pening sebab lampu ni banyak sangat nak kena pandang.
ha ha ha.. berungut!

Tengok ni!
Cantik kan?
Tapi, hakikatnya memeningkan mata!

Cik abang yang snap ni...



Aim yang tak de mood sangat sebab dia nak pedang lampu.
Patutlah muka masam gila.
Lepas belikan pedang lampu, baru nak happy!
Tapi, maaflah Aim.
Orang dah nak balik.
Esok kan sekolah.


Gambar saya yang tak sempat nak cover gemuk.
hahahahha



Hero kami sekali lagi..
lalalala



Pada pendapat saya, I-City ni tak perlu aaaa dibina.
Takde faedah sebab menyumbang kepada peningkatan pemanasan global je.
Lepas tu, kat situ juga ada permainan yang menggalakkan perjudian.
Ala-ala funfair gitu.


Masa nak balik tu, ada jugak terdengar orang berdialog...
"Untuk apa tempat ni dibina? Tak de motif!"


Tapi, ramai je yang datang sini.
Parking penuh je walaupun esoknya kan dah nak sekolah.


Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

Zura said...

ramai blogger dok cite pasal ICT...

Joy said...

cantik dlm gambar aja kan ;)