Pembaca Blog Ini...

Tuesday, January 18, 2011

Tiada lagi

Semalam balik rumah, abang dah ada kat rumah.
Eh, memang lah kan.
Dah nama pun dia tak sihat.
Memang tak pergi kerja.


Tapi, magiklah!
Orang demam boleh beli keledek (ke keladi) goreng
dengan keropok lekor.
Hehehe


Saya kan terlekat tulang ikan cencaru tengahari (petang) semalam.
Masa balik tu, tulang budiman masih dalam tekak.
So, macam tak de mood nak makan.


Namun, bau keledek (ke keladi) goreng tu sangat menawan kalbu,
hingga buat saya lupa yang ada tulang terlekat kat tekak.


Makan seketul, dua ketul, tiga ketul...


Lepas tu,
"Eh.. kenapa tak sakit pun tekak ni? Mana tulang tu pergi?"


Hahahaha


Hilang dah! Alhamdulillah..........



Apa-apapun, terima kasih lah kepada Ayu dan Kak Tihara sebab bagi petua.
Hanya Allah yang boleh membalas budi baik kalian.


Hari ini datang awal juga.
Tapi, tertinggal handphone kat dalam kereta.


Alahai...................
(Tengah cari member yang nak turun bawah.
Nak minta tolong ambilkan handphone) ~kes sayang lemak laaa ni..


=)


6 comments:

ArELeEz said...

nenek leez kata, klu t'lekat tulang ikan, makan nasik guna senduk. wallahualam..

CikJAs said...

Alhamdulillah...mgkn tulang dah di'lalu'kan oleh keledek (or keladi) goreng tu. Nasib tulang from keropok lekor plk tak tersekat di tekak. hehehehehehehe

Tihara said...

mcm2 petua kan..yg penting boleh cuba asalkan tk membahayakan..sedap gak keledek goreng ;)

~ain said...

areleez... haha sangat comel makan nasi dengan senduk! hehe

~ain said...

cik jas.. keropok lekor tu takdak tulang. skrg keropok lekor kuragn ikan sebab ikan nyorok musim hujan.. hehehe

~ain said...

kak tihara... ini bukan petua. ini semua kebetulan je.. heheh