Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 20, 2011

Siapalah Kita Tanpa Mereka

Saya sekarang telah terkunci di dalam office sendiri. Tah mana tah pergi kunci saya.. Tak ketahuan laaa.. Harap-harap my roomate tak pi lunch lelama ini hari. Kalau tidak, abislah saya .. Kot jap jap lagi terkucil nak terkeluar ke kan...


hahhaha


Hari ini hari Ahad. Ok, memang semua orang tahu hari ini Ahad kan? Korang best lah kan cuti lagi kan? Kitorang dah start kerja ni haaa.. Pagi tadi, punyalah mengantuk...... Bangun pukul 7. Sudahlah kelas pukul 8 pagi. Makanya, tidak sempat bersarapan bersama. Beli bungkus je makan lepas kelas. Alahai.......


Semalam, petang-petang hari dah kebosanan. Cik abang ajak pi tengok rumah (tak abis-abis). Sebelum tu, jalan pi pantai dulu. Dia nak belanja makan sotong kot. Tapi, macam tak de mood nak makan sotong. Makan keropok lekor je lah. Pelik juga orang Terengganu ni kan? Asyik makan keropok je. Tak jemu-jemu. Sampaikan saya pun dah terjangkit penyakit suka makan keropok ni. hahaha. Abah kan kalau pi duk KL, memang berbungkus-bungkus bawa stok keropok balik sana. Hahaha... Mungkin sudah dibesarkan dengan keropok kot.


Bercakap pasal abah ni, semalam masa tengah makan keropok dan menikmati air kelapa muda yang nyaman....


Saya tanya cik abang, "Abang, abah nak balik KL bila?"
Abang: Isnin ke Selasa ... Abang tak ingatlah pula dia cakap hari tu.
Saya: Ina (biras) ada cakap hari tu. Owang pun tak ingat gak.. heheh. Abah pi naik bas ke?
Abang: A'ah laaa kot.
Saya: Boleh ke abah naik bas sorang-sorang? Kesian pulak kat dia..
Abang: Betul jugak tu.. Habis tu? Kita nak hantar abah ke?
Saya: Ikut abang lah... Owang ok je...


Makanya, bincang punya bincang.. Cik abang suruh saya ber half day hari Khamis. Dia memang kerja sampai pukul 1 je kalau hari Khamis. (Sebab hari Sabtu dia kerja full day). Lepas Zuhur hari Khamis ini, akan bertolak dari sini ke KL. Cik abang call abah bagitau tak yah lah beli tiket sebab kitorang nak hantar dia ke KL Khamis nanti. Cik abang kata, terus berubah suara abah. Suka lah dia tu. Kot dia nak minta anak-anak hantar, tak tergamak kot kan..


Orang tua kan... Kadang-kadang, kita terasa hati dengan butir bicara .. Tapi, bila difikir-fikir, kita ada orang tua sorang tu je. Misal kata, ada emak ayah.. Kita ada emak ayah yang itu je. Mana ada ganti lain kan. Kalau emak ayah yang itu dah tak de, tak de dah lah emak ayah lain. Mana nak cari kan.. Kot esok lusa emak ayah yang itu dah tak ada, emak ayah yang mana lagi nak kita bermanja kan. Ewaaaaaaaah.. walaupun tidaklah manja mana pun sekarang semua dah besar panjang. Tapi, iye laaa.. Maksud saya, kang kalau emak ayah yang itu dah tak ada, rindu lah pulak kan.


Maka, selagi emak ayah (tambah abah sorang) masih ada... Sila hargai mereka. Duit muit kita boleh cari. Emak ayah abah mana nak cari dah. Ada yang itu je..


Macam tu jugak dengan adik beradik. Adik beradik yang itu je laaa.. Kalau duk dekat-dekat kang bergaduh. Bila dah jauh kang, mula laaa rindu laaaa kan. Tapi, tah lah... Harap-harap hubungan kita adik beradik akan senantiasa rapat dan 'mekar mewangi' walaupun selepas ketiadaan orang tua. Jangan lah hendaknya ada adik beradik kedengki dengan kesenangan adik beradik nya. Jangan pula, ada adik beradik yang menghina kesusahan adik beradik nya. Adik beradik yang senang, haruslah membantu adik beradik yang susah. Alaaaaaaaaa.. kalau senang pun, bukan orang lain. Adik beradik kita juga kan... Nabi SAW pun kata kan, buat baik dengan adik beradik sedara mara dulu baru lah kepada orang lain kan... Ini, anak buah sendiri diludah-ludahkan. Anak orang dimanjakan siap kesian-kesian bagai.. Nauzubillah... Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Dan, harap boleh doakan kesenangan adik beradik lain jika ada adik beradik yang rajin solat sunat Dhuha tu. Semoga semua adik beradik kita dipermudahkan jalan hidup dan dimurahkan rezeki oleh Allah....


Uwaaaaaaaaaa.... lambatnya nak hari Khamis!!




2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

zaman kecik2 ikatan kemesraan adik beradik sgt akrab. now rapat dan saling igt-mengingatiu..tp berjauhan..ada yg kawin..ikut suami..ada yg belajar..jauh di mata tp dekat dihati kan ;)

~ain said...

ye.. yang jauh kita dekat2 kan.. yang dekat kita serasi serasi kan... ewah... hahhaa