Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 29, 2011

Ambil Kunci



Hahaha
Hari ni jumpa pemaju ambil kunci rumah baru.



Mesti korang heran kan?
Macam mana kitorang cat rumah tapi, kunci tak dapat lagi?
Haaaaaaaa..
Kitorang pecah rumah sendiri..
Huahuahuahua..



Tak lah, kitorang masuk kot pintu belakang. Tah macam mana cik abang buat tah. Boleh pulak tembus.. Itu laaaa kitorang fikir, aspek keselamatan adalah sangat tipis. Hmm.... bila laaaaaaaaa nak siap gril ni kan? Pakcik yang tukang besi tu pun kata banyak tempahan. Nak desak-desak pun tak best jugak sebab pakcik tu kenalan abang ipar.


Ok, cerita pasal ambil kunci kan tadi kan.


Haaaa.. ambil kunci dari pemaju la.. Bos dia mai hantar kunci sambil tengok progress kerja TNB tu. Rumah tu belum masuk bekalan elektrik lagi. Minggu lepas, kontraktor tengah duk masuk cabel tah apa kebenda tah. Minggu ni, nampaknya dah banyak progress nya. Hmm.. nak cakap cerita kat korang pun saya pun tak paham. hahaha..


Pemaju tu kata (katanya laaa) minggu depan dah ada bekalan eletrik. So, kalau boleh (kalau boleh laaa) bulan 4 tu dah masuk rumah baru dah. Tapi, ni pun beberapa hari lagi kan nak masuk bulan 4. Takkan nak blah gitu je dari rumah sewa ni kan? Paling tidak pun kena laaa kasitau awal-awal jugak kan kat tuan rumah tu. Ahhh.. itu nanti laaa fikir. Kalau tak sempat, bulan 5 pun boleh pindah... Lagipun, banyak juga kerja nak memindah tu..


Tadi, dapat kunci dan bayar deposit beberapa ribu kepada pemaju. Bagus pemaju ni. Tak berkira sangat. So, mudah kerja kan...Dia cakap (memang dia kena cakap), kalau ada kerosakan ke apa bagitau lah kat dia. Ok lah, kan.. Tapi, harap-harap tak ada apa kerosakkan la.. Sepanjang duk ngecat tu, dah dua tiga kali gak hujan. Tak nampak pulak bocor mana-mana kat siling. Syukur lah.. Kerosakan lain tak tahu lagi lah, kan..


Saya nak kena buat apa lepas ni? Hari minggu ni boleh cuci rumah.... Kemudian, mula mengemas laaa.. Cik abang kata, sementara tak de gril ni.. Boleh pindah barang yang biasa-biasa dulu. Yang tak berharga.. Ahahaha.. Tapi, bagi saya.. semua barang dalam rumah saya tu adalah berharga..


Jadi, sekarang.. kena tunggu kerja masuk bekalan elektrik tu settle semua. Pi bayar deposit kat TNB. Lepas gril dah siap tu, cari orang nak pasang lampu. Lampu je dulu. Kipas yilek... Kipas siling tak beli lagi sebab hari tu tak cukup budget.. kah kah kah.. Takpe, kitorang ada 2 buah kipas stand. Masih baru dan sangat hebat performance nya. Guna yang itu dulu laaaaaaaa kan? =) Kalau panas sangat, pepandai laaaa ikhtiar cara lain. hehehe


2 comments:

Zura said...

esok masuk umah je...umah dh bercat..

~ain said...

dah cat.. tapi, kat rumah lama tak kemas lagi.. huahuahuauhauha