Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 30, 2011

Naik Darah



Nak cerita.
Pasal naik darah.
Bukan saya yang naik darah.
Tapi, adik ipar saya.


Hari tu, masa tengah drive tetiba dia jatuh sakit.
Saya pun masa mula-mula dengar cerita cik abang tu,
macam pelik laaaaaa..


"Sakit apa pulak?"


"Dia naik darah!"


"Marah ke? Marah siapa?" Ahahahha.. maaflah, saya kadang-kadang 'lost' sikit.


"Naik darah tinggi laaaa.."


"Oh? Betul?" ~ Saya agak terkejut sebab adik ipar saya itu sangatlah muda. Maksud saya, lebih muda dari saya. Saya pun 'muda' lagi kan... So, haruslah dia lebih-lebih lagi muda dari saya. FYI, adik ipar yang ini, tahun saya amik SPM dia baru tingkatan 4. Ah.. senang ginila.. Dia muda setahun dari saya. Saya belum 30 tahun lagi ye. Maknanya, dia masih 20-an gituuuuuuuu.. (Maaflah, ayat memang sengaja dibelitkan sebab nak suruh korang rajin membaca sikit-wakaka)


"Betullaaaa.. Dia tak boleh buat apa dah. Tak boleh sambung drive semua. Berhenti tepi jalan.."


"Ya Allah... teruknya!" ~Teruk sebab adik ipar saya tu jenis gagah, ok! Drive dari KL-Terengganu 5 jam je boleh sampai. Memang pemanduan yang hebat (belum tentu selamat)


"Anak-anak dia semua dah nangis habis dah. Lepas tu, dia mandi lama sikit baru ok..."


"Ohooo.. kesiannya! Dia dah pi check doktor?"


"Abang call dia tadi. Dia cakap, dia dah jumpa doktor. Darah dia naik 200/+++.. "


"Haaaaaaaa???! Serius??!!"


"Ye laaa... Doktor kata. kalau orang tua memang kena masuk wad dah tu."


Haaaaaaaa.. korang!
Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah, kita (termasuk saya)
haruslah menjaga pemakanan.
Pemakanan haruslah dijaga (ayat berulang).
Bila dah nak masuk 3 series ni kan..
Muda-muda (belasaan tahun) dulu ye laaaa, metabolisma tinggi kan.
Hai laaaaaaa... Risau betul!


Bak kata Jalil Hamid,
"Orang lain kebulur mati tak makan. Orang kita, mati kerna banyak makan!"
Kalau nak kirakan mati, memang semua orang akan mati. Tapi, kesihatan yang kita ada ni kurniaan kan? Haruslah kita jaga kurniaan dari yang Maha Esa itu. Kalau nak kena juga sakit sana sini, apa nak buat kan? Redho je laa.. Yang penting kita berusaha...


Lagi satu perkara, aktiviti fizikal.
Kena banyakkan senaman tak pun aktiviti yang keluarkan peluh.
Baru seimbang dengan pemakanan kita tu kan.
Kalori perlu dibakar. [Kita bako... Kita bako..]
Kalau tidak, itu yang berkumpul lemak tepu (macam saya).... hukhukhuk..


[Lebih kepada peringatan kat diri sendiri jugak ni]


Kesihatan emosi pun penting.
Hidup kena sentiasa positif.
Jangan stres stres sangat.
Nanti naik darah.


So, marilah kita menjaga kesihatan kita dengan lebih baik!
Diet tu bukan untuk kurus..
Diet tu adalah cara pemakanan.
So
, kita harus berdiet seimbang.
Penuhkan peti ais dengan buah-buahan dan sayuran.
Kurangkan makanan lelemak tu semua...


Kalau tak kurus pun tak apa, asalkan sihat!
Jom lebih sihat!
(Dengan quaker oat~tetiba)


5 comments:

Zura said...

bahaya lah darah tinggi...boleh collapes bile2 masa je

Sidratul Muntaha said...

over stress keje or aktiviti pun boleh kena ain weih.
aku dulu keje kat miat,masa set ip ape yg ptut mmg pkl 12 mlm bru blik..
keje takde benti..
amik ko..
tekanan darah aku tinggi jugak
smpai leher bengkak.
member yg same satu batch keje masa tu sume kena darah tinggi jugak..
yg lelaki sume kena 200+
yg pmpuan cam aku ni kena dlm 150+
ko imagine ler..
umru baru msuk 22 thun...
huhu..
tu dulu..
skunk ni time pregnant jer
mg standard skunk
sakit2 mcm ni
tak kira umur.
ingat arwah faizal yusuf?
kan meninggal masa umur belum lagi 40.baru 30 something.
sakit jantung lagi..
tpi ajal maut tu kan Tuhan yg atur.

~ain said...

zura.. itulah kan.. apa-apapun, kita harus usaha.. kalau Allah nak tentukan kita sakit ke apa ke, at least kita dah berusaha....

~ain said...

ayu.. itu lah yang aku cakap..
hidup kena positif.
stres tak stres ni pada aku,
kita yang tentukan. kan ada pengurusan stres.

Kita ada Allah.
Kita boleh rasa tenang
kalau kita mengadu padaNya. InsyaAllah..

Tapi, macam tu lah..
Hidup mati semua di tangan Tuhan. Kita ni manusia,
apa salahnya berusaha.
Kalau Allah nak matikan kita, memang tidak ada
siapa yang boleh halang!

~ain said...

Ayu..... dalam kes adik iparku ini, aku tak rasa dia stres sebab keje macam korang kat MIAT tu..

Tapi, kalau dia ada stres pasal lain, idak laa pula aku tahu.. hehehe