Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 30, 2011

Manis


Sekarang sudah jam 7 petang. Suamiku adalah belum pulang.


Tadi, saya sms..

"Abang, tolong belikan saya Pembersih Wajah Safi Rania Gold di farmasi.!"

"Ok!"


~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sebentar tadi, beliau call..


"Yang, ini ada Pembersih Wajah dengan Gel Pembersih Wajah."


"Pembersih Wajah..!"


"Ok, sure? Gel Pembersih wajah tak mau?"


"Tak mau.. Nak Pembersih Wajah je."


"Ini ada krim malam dengan krim siang. Nak?"


"Tak payah.. Nak Pembersih Wajah je."


"Ini ada satu lagi. Serum.. Tak nak Serum?"


"Nak Pembersih Wajah je laaaaaaaa..."



Suami saya memang manis orangnya!
(Kalau ada yang kata tak, pedulik apa saya!)

hahahaha


~~~~~~~~~~~~~~


Baru sekejap tadi, 2 saat tadi.. (sebelum saya tekan publish) beliau call lagi..

"Yang... Safi ada nak kasi hadiah.."


"Hmmm..."


"Kena pilih antara BEDAK SAFI, PAYUNG ATAU BEG. Abang pilih BEG. Sebab bedak dengan payung dah ada kan?"


"Ye, sayang! Terima kasih...."




Memang sangat manis..
Habislaaaa malam ni kena hurung dek semut!

lalalalala


2 comments:

PUANSTOBERI said...

tehehehe...mmg sweet.
cemtu la kita bila berdua je kan. kut tak ada gak anak2 utk 'dimaniskan'. :D

Err..btul ke semut yg hurung mlm tu?? :P

~ain said...

hehe.. alaaaa kak. kita tak perlu sgt nak fikir apa yang kita tak ada. sebab kadang-kdang yang kita ada ni pun dah boleh buat kita bahagia. Kadang2 apa yang kita ada ni pun orang lain tak ada kan? =)

Semut tidur awal malam tu. Tak sempat nak hurung... lalala