Pembaca Blog Ini...

Wednesday, March 2, 2011

Sarapan



Malam tadi, berazam mahu masak sarapan kat rumah.
Sila jangan gelak ye.
Semalam saya berjaya bangun awal,
iron baju awal dan buat sarapan simple
beserta air milo panas untuk saya dan cik abang.
Saya nampak, ada riak gembira di wajah cik abang.
hehehe


Tapi, hari ini saya gagal!
Saya tak larat nak bangun...
Mata sangat mengada-ngada.
Abang kata, "Takpelaaaa... Abang makan kat luar je.."


Betapa tergurisnya hati saya.
Hahahaha
Menyesalnya tak bangun awal.
Kesian nya kat cik abang.
Padahal, kalau setakat buat scramble egg dengan roti.
Takpun, buat sandwich saardin ke..
Bukan susah sangat.
Tapi, memang susah kalau dah MALAS kan?


Bukan cik abang yang minta saya bangun awal untuk sediakan sarapan.
Tapi, saya yang volunteer.
Dia tak mahu makanan berat-berat.
Tak perlu nasi lemak ke.. nasi kerabu ke.. bihun goreng ke.. mee goreng ke...
Dia dah puas makan makanan macam tu kat kedai.


Apalah nak jadi dengan kamu ini, Noraini?
Itupun tak boleh nak buat......


1 comment:

Zura Tahir said...

tilam lg hebat panggilannye...