Pembaca Blog Ini...

Sunday, April 3, 2011

Banyak cerita

Puhh... sangat sibuk sekarang ni!


Kelmarin (Jumaat), lepas cik abang balik solat Jumaat... pi cuci rumah. Otot-otot lengan punyalah bersenaman. Dah nak jadi hulk dah.. huahuahua


Semalam Sabtu), pagi ada Bengkel Membina Soalan Peperiksaan. Petang... hantar kereta pi servis secara bergilir-gilir. Mula-mula hantar VIVA. Nasib baik lah cik abang ada inisiatif banguan awal jugak. Boleh buat macam-macam kerja.. Biasalaaa kan hari tak bekerja. Kena peram peram badan dalam selimut lama sikit.. Sementara VIVA pi servis, kitorang pi kedai cari cat. Makan tengahari + pagi sekali.Cari bidai tingkap dapur. (Tapi, tak dak. Nyesal tak beli kat Ikea dulu)


Lepas tu, ambil VIVA. Tinggal WUH untuk diservis. Lepas tu pi cari barang apa tah. Balik semua amik WUH yang sudah diservis. Pi tengok pakcik tukang gril dan bayar duit gril. =(


Lepas tu, pi rumah sambung ngecat. hahaha Maaflah kalau anda bosan dengan cerita cat ni. Sikit je lagi nak siap ni. Tapi, tak siap-siap jugak sebab tangga tak ada. Selalu kitorang pinjam tangga kat kedai abang ipar. Semalam dia ada kerja nak pasang signboard kat mana tah. Dia nak guna tangga tu. So, ngecat yang mana sampai je laaa.. Kali ni beli cat murah untuk pintu apatah sebab budget dah terkoyak dah ni.. hahahah. Punya lah busuk cat tu. Sabar je laaa..
Tapi, terpaksa la kan. Ahhhhh, belasah je.. Janji ada cat!


Tengah duk ngecat tu, dalam pukul 5 ... eh.... abang ajak pi ambil baju pulak dah. Baju apa? Baju kurung saya kat tukang jahit. Dah siap 3 pasang. Ada 1 pasang lagi tak siap. Baju emak, langsung tak siap.. Sabooo Saboooo.. Lepas amik baju, sambung ngecat balik. Eh, sebelum tu singgah kedai makan. Tapau mee goreng. Makan aaaaa.... lapo! heheh Lepas solat Asar, sambung ngecat sampailaaaa maghrib.


Letih.. Letih.. Tapi, sampai rumah duk baring-baring jap. Solat Maghrib... Mengemas bilik pulak.. Pompangpompang duk kemas. Kemas bilik by bilik laaaaa .. Mula-mula kemas bilik no. 2 dulu. Sebab bilik tu kitorang guna untuk solat .. Iron baju pun kat situ. Dengan bilik tudung saya. hehe So, tak byk barang. Tak ada perabot yang berat. Tapi, ada satu rak buku dan kotak-kotak apa tah. Hadiah kawin dulu laa tu. Tah macam apa... Gile betul! Dengan kotak buku abang zaman tuk kaduk lagi. Dengan pembaris dia guna zaman dia diploma lagi. Alahaiiiiiiiiiii!


Kemas kemas..... Cik abang nak tengok AF9. Ayat dia nak pancing saya tengok AF9 dan berhenti mengemas. "Yang, AF dah start, yang!" Saya cakap, "Abang, budak-budak AF tu tak de nye nak tolong kita kemas bilik ni." hahahahaha.Terus dia, "Alaaaaaaaaaaaa!" wakakaka.. Cubaan tidak berjaya. Dia tu memang liat kalau kita nak minta tolong kemas rumah. Kaki TV sikit dia ni. Penyakit keturunan. Kalau saya cakap dia tu sakit keturunan, dia otomatik akan kutuk penyakit keturunan saya pulak. (mengadap laptop).. hehe


Lepas dia kemas kotak dia, dia buat cubaan nak mengelat. Buat-buat baring laaa... Tukar-tukar channel tv laaa.. kakakaka Tapi, "Abaaaang, tolong kejap bang..." Dia pun, "Alaaaaaaaaaaaaaa!" Tapi, dia bangun jugak tolong. Cuma kena banyak kali ajak laaaaa.. hehehe


Saya fikir, kami ada kurang dari sebulan je lagi nak kemas mengemas ni. 1 Mei 2011 dah sah sah kena keluar rumah lama dah. Boleh dah nak kemas sikit-sikit kan? Kalau semua nak buat 30 April, boleh terjelepuk laaaaa kan. Semalam pun mengemas sampai macam nak mandi yoko-yoko.. heheh



4 comments:

DaZzlingLilLy said...

hehe..kalau nak mandi dgn yoko2 tu mst best kan tambah time lenguh2..i pun suka pakai yoko2 nih..rasa cam selesa jerk tempat lenguh..

Ms Haslina said...

kita pun da lama da pakai yoko-yoko nie.
;))

~ain said...

lily.. a'ah.. rasa lega laa lepas tenyeh mendalah tu.. hehhe

~ain said...

haslina.. saya baru je ni haaa.. masa belajar dulu, pernah try gak.. kawan punya.. heheh