Menyertai majlis ilmu memadam satu titik hitam dalam hati kita.
semakin banyak kita menyertai majlis ilmu
semakin banyak titik hitam yang terpadam di hati kita.
'Seseorang' memberi tazkirah ringkas tentang keberkatan.
Meh saya cerita balik laaa..
Untuk renungan kita bersama.
[Meh share cepat-cepat sebelum terlupa!]
semakin banyak kita menyertai majlis ilmu
semakin banyak titik hitam yang terpadam di hati kita.
'Seseorang' memberi tazkirah ringkas tentang keberkatan.
Meh saya cerita balik laaa..
Untuk renungan kita bersama.
[Meh share cepat-cepat sebelum terlupa!]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dahulu, ketika baru menamatkan pengajian dapat rezeki pekerjaan yang biasa-biasa. Standard... baru grad 2 ribu. Waaaaaaaaaah.. kalau baru lepas grad dua ribu tu kira macam best gilak. Banyak gilak laaa... Beli kancil 2nd hand. Ansuran RM200 sahaja setiap bulan. Bujang pulak tu kan... Tapi, duit tak cukup jugak. Tah ke mana pergi nya.
Kemudian, berkahwin.... Isteri pun bekerja. Pendapatan isi rumah bulanan cecah 3 ribu lebih juga laaa.. Beli motorsikal dengan ansuran seratus lebih juga. Tinggal rumah sewa di kawasan kampung dua ratus setengah sahaja setiap bulan. Isteri pakai kancil 2nd hand tu. Tolak campur atas kertas, baki perbelanjaan semua ada lagi lebih kurang 2 ribu.
Tapi, duit tetap tak cukup. Tah apa yang dibeli. Sampai nak tunggu cukup bulan pun kena meminjam sana sini. Saving sesen tak ada. Nak kasi emak ayah jauh sekali. Nak kata shopping banyak, tidak juga. Pelik juga... Ke mana semua duit-duit tu semua. Hilang tanpa terasa... Tak cukup... Lebih pelik, kadang-kadang ansuran kereta motor pun tak terbayar walaupun dah puas duk catat budget sana sini...
Fikir punya fikir.. Nak dijadikan cerita... Ada satu suara yang berbisik kepada dia. Padahal, bukan tak ada orang yang pernah beritahu dia pasal perkara ini... Tapi, sebelum ni dia cakap macam tak terasa apa-apa. Macam masuk telinga kanan, keluar kot kiri je.. Tapi, sekali tu.. memang lain macam rasanya. Dia cakap, sangat menyentuh jiwa dia. Sampai bergenang air mata dia masa dia cerita tu.
Apa suara tu cakap... "Kau punya harta tak berkat. Allah marah sebab kau tak jaga solat. Solat ikut sempat je. Kalau nak solat, solat.. Kalau tidak, tidak.... Tak bersyukur!"
Terus dia macam.. "Oh, memang betul laaaa!" Sejak hari tu, dia didik diri supaya lebih jaga solat. Dia kata, solat yang sebelum ni on off je dia dah jaga. Kalau pun tak sempat di awal waktu, dia akan pastikan tetap mengerjakannya. Sebab apa? Dia rasa Allah dah beri banyak kurniaan kepada dia. Tapi, dia malu sebab selama ni dia tak bersyukur. Dia kata pada diri., (Alamak ai.. lupa laaa apa dia cakap..) Oh, ya! bukan sahaja solatnya, solat isteri dia pun dia jaga. Selalu dia pesan kat isteri, "Jangan tinggal solat lagi tau. Nanti Allah marah!" ~ayat dia macam tu laa masa dia cerita tu.
Sejak dari itu, memang dia rasa kelainannya. Sejak dia jaga solat, Allah memang permudahkan rezeki dia suami isteri. Dinaikkan gaji yang bukan sedikit-sedikit. Dari pendapatan isi rumah 3 ribu jadi lima ribu. Boleh menyelesaikan ansuran kereta, motor dengan jayanya. Siap boleh beli kereta baru yang lebih selesa. Allah beri rezeki tidak perlu sewa rumah orang lagi. Hutang piutang semua boleh diselesaikan dengan mudah.
Dulu, tak pernah ada duit kasi emak ayah. Tapi, semua berubah... Dia cakap, sepatutnya kita beri pada emak ayah bukan wang baki. Maknanya, dapat gaji emak ayah punya bahagian kita ketepikan sesiap. Sama macam kita ketepikan hutang kereta, rumah dan lain-lain. Bila kita tak lupa pada emak ayah. InsyAllah, Allah akan beri keberkatan kepada kita. Dia kata lagi, emak dan ayah bukan mahu duit kita untuk membalas semua jasa mereka. Kita takkan mampu untuk bayar balik apa yang dah mereka bagi kat kita. Tapi, sebagai tanda ingatan kita. Sebenarnya, duit sahaja pun tak cukup kalau kita tak balik jenguk emak ayah. Tunggu raya baru nak balik. Sebab tu kadang-kadang kita rasa sempit sangat. Mungkin sebab kita dah lukakan hati emak dan ayah kita.
Dia cakap lagi, ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ke apa. Bukan juga untuk membuka pekung di dada. Dia kongsikan apa yang dia rasa. Apa yang dia lalui ini dirasakan dapat diambil iktibar oleh semua orang.
Eh, ada satu lagi... Sedekah! Antara yang sempat saya catatkan, bersedekah itu menyucikan rezeki kita. Keberkataan hadir dari doa orang yang terima sedekah kita. Tak semua duit harta yang kita ada itu milik kita. Kadang-kadang ada unsur yang menyebabkan kita tak layak untuk makan harta tersebut. Mungkin masa kerja tercuri tulang ke kan.. hahaha.. So, caranya zakat dan sedekah. Tapi, zakat dan sedekah itu memang berbeza. Alamak, yang bab sedekah ni tak dan nak dengar betul-betul sebab termengantuk pulak.. wakakakaka.. Buku catatan pun macam dah ada cacing kerawit je ni haaa .. heheh
Kesimpulan..
Penyampai tazkirah kata Keberkatan adalah Kecukupan.
Ada orang tanya, apa tanda-tanda berkat?
Duit sedikit tak semestinya tidak cukup. Ada orang anak ramai, gaji kecil tapi hidup cukup. Hati lapang dan tenang. Hidup rasa bahagia. Itu lah berkat.
Kalau tak ada berkat, duit banyak pun tak puas-puas hati lagi. Kalau tak ada berkat, duit banyak pun masih ada rasa dengki iri hati kat orang lain. Duit banyak pun rasa hati tak tenang, serabut dan lain-lain rasa tidak bahagia.. Itu tandanya tidak ada BERKAT.
Oh, begitu!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sangat suka tazkirah ringkas dan senang nak difahami.
[Walaupun sedikit mengantuk.
Ah.. itu bukan salah tazkirah!
Itu salah drama "Bila Suami Jadi Suri" tengah malam tadi.. ]
Ok, nak siap-siap petang ni jaga exam!
1 comment:
iye..setuju..duit kat mak ayah dpt gaji tolak sesiap..mcm 10% ke...20% ke. ikut kemampuan..Insya Allah duit gaji cukup sampai hujung bulan!
Post a Comment