Pembaca Blog Ini...

Monday, June 20, 2011

Kedai Keropok Lekor


Ini entri yang memang lapu kuasa dua...
Sangat lama terperam dalam draft.


Masa emak ayah datang sini hari tu, ada pergi beli keropok lekor.
Bawa dekat kedai keropok yang popular (orang sini laaa suka).
Ramai sangat orang datang sini. Kalau cuti sekolah, lagi laaa...
Siap kena amik nombor macam kat spital tu....



Ada juga pelanggan yang call dan tempah melalui phone je.
Lebih mudah.
Saya tahu ni sebab adik ipar saya ada duduk kat area kedai keropok tu laa...
Dia selalu order untuk pak mertua saya kalau nak pergi KL.
Maklum sahajalah.
Orang Terengganu memang suka beno makan keropok.
heheh


Saya?
Kalau rasa nak makan keropok lekor, saya belasah je kedai mana-mana.
Tak kuasek nak tunggu amik amik nombor segala.
heheheheh


Kedai ni kat area Seberang Takir (kalau tak silap)


4 comments:

Zura said...

suke jgak makan kopok lekor tp kompon lepas tue gatal2..

Sidratul Muntaha said...

kopok losong jugak yg den suko!!
keh keh keh..

~ain said...

zura.. ada jenis ikan jugak kot yang buat jadi gatal...

~ain said...

ayu.. kepok losong dah tak in dah skrg.. orang lebih suka kepok seberang takir..