Pembaca Blog Ini...

Monday, June 20, 2011

Projek Bubur Nasi dan Ikan Masin

Chairman PTS (syarikat yang menerbitkan novel-novel kami sekeluarga) sedang menjalankan Projek Bubur Nasi dan Ikan Masin.


Projek apa itu?


Ini adalah satu usaha mengumpulkan dana membeli beras dan ikan masin untuk fakir miskin di Kemboja berbuka puasa di masjid. - 30 buah masjid terlibat.


Kalau ada di antara pembaca Hakikat Kehidupan (yang tidak seberapa ini) yang mahu menyumbang, mohon tulis ke inbox Puan Ainon Mohd untuk sebarang pertanyaan. Kena add Puan Ainon dululah ye di FB. =)


Ini saya copy dari FB Puan Ainon:


Laporan terkini "Projek Bubur Nasi & Ikan Masin" untuk anak-anak miskin berbuka puasa di Kemboja: 11,789 kilo sudah kita terima.
(1 kg beras = RM2.50sen. Kita akan beli beras di sana dan agihkan kepada 30 buah masjid. Pihak masjid akan masak bubur nasi kita itu.)


Foto ini dirakamkan pada suatu pagi di hari raya. Di sebuah rumah penduduk kampung yang agak terpencil di Kemboja. Inilah pakaian hari raya bagi dua beradik ini. Pada hari biasa, kanak-kanak seusia mereka akan ke sungai untuk menangkap ikan. Ikan yang diperolehi akan dijemur, dijadikan ikan kering. Nasi putih & ikan kering itulah makanan hari-hari biasa mereka.

Sebelum ini, Puan Ainon telah melancarkan Projek Telekung. Mengumpul dana bagi membeli kain buat telekung untuk fakir miskin di Kemboja yang tidak ada telekung untuk bertarawikh di masjid. Jumlah telekung yang telah berjaya disedekahkan adalah 1,319 pasang (RM26,135.08 sen)
Semoga usaha kita (yang sedikit ini) mendapat nilaian dari Allah SWT...


Amin!


3 comments:

Irtiyah said...

Salam

Saya pernah nak add Pn Ainon sebelum ni. tapi tak boleh sebab friend dia dah ramai. rasanya kena cadangkan dia buat fan page pulak kot :)

saya tahu pasal program2 tu sebab suami saya dah add dia lebih awal saya.

~ain said...

kak irtiyah.. boleh juga kalau nak menghulur bantuan melalui FB suami akak.. Friend Puan Ainon memang ramai.. Maklumlah, wanita berpengaruh!

Irtiyah said...

oh... yang tu sudah tentu :) cuma bagitau je x boleh nak add hehe