Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 21, 2011

Penuh Tidak Semangat

Pagi ni bangun dengan penuh tidak semangat.
Semalam cik abang yang bangun tidur dengan penuh tidak semangat.
Lepas siap-siap mandi, solat semua..
Dia duduk kat kepala katil buat muka lepu.
Hahahaha
Lawak....


Penuh tidak semangat katanya. hahah..


Hari ini giliran saya pula.
Lepas iron baju (malam tadi malas), dia tanya saya..
"Mengantuk ke?"


Saya pun angguk je la..
Sebenarnya, bukan mengantuk sangat.
Lemau je lebih.


Dia pun memberi semangat kepada saya,
"Sabarlah, sayang! Hari ini je masuk office. Esok dah nak pi outstation dah....."


Tah lah..
Saya rasa macam kelakar pulak ayat dia pagi tadi.
Sibuk nak kasi semangat kat orang.
Padahal semangat dia pun dah lari tah ke mana....


Adik saya...
Baru mula kerja dah cakap, "Alahai.. lambat lagi aku nak pencen!"
Ayat tu lagi lawak, ok!
Wakakakaka


Ok, bye!
Nak buat kerja sikit.
Esok dah nak outstation kan?


=)

No comments: