Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 5, 2011

MUZIUM PERANG

~Autopublish~

Sabtu 2/7/2011
Muzium Perang, Batu Maung ini semua kerja si Icah.
Sibuk benooo nak pi muzium ni.
Tapi, nampak pun macam best jugak.
Apa salahnya kan?


Muzium ni outdoor tau.
Bukan macam Muzium Negara dalam bangunan.
Memang letih sikit lah.
Tapi, seronoklah..
At least, boleh belajar sesuatu yang lain dari yang lain.
Masuk kena bayar RM20 seorang.
Tapi, ada pakej-pakejnya..
Kalau budak sekolah sekian-sekian pakejnya..
Korang google laaa ek kalau nak tahu.


Meriam pun ada .. Ini semua peninggalan perang tu la. Barang-barang lama ni macam ada penunggu lah kan. Tah lah.. Tapi, saya memang rasa lain macam je laaa masa kat sini. Naik bulu roma sikit.. Budak-budak kecik baby tak digalakkan laaa untuk ke sini. Siapa-siapa yang ada anak kecik tu, sila tunggu anak besar dulu laaa ek.. =) Masa kitorang pergi tu, ada rombongan sekolah tadika tau. Tapi, pemandu pelancong kat situ just bawa budak2 tu kat bahagian-bahagian luar je. Tak bawak masuk berek-berek atas bukit tu.. Memang seram laa.. Tak sesuai untuk budak2.. (Berapa kali nak cakap daaaa?)


Ada lokap..

Selain itu, ada juga berek-berek tempat tidur askar-askar. Tempat melayan nafsu pun ada tau.. Itulah sebab, tak elok bawa budak-budak kecik kat sini. Si Naim tu dah kira besar jugak laaa.. Dah takleh nampak hantu dah. Kalau kecik baby tu, risau meragam ke kan. Tempat keras..


Orang tua pun tak digalakkan sebab tempat ni banyak tangga. Bukit sana sini. Kot tak larat nak mendaki tangga kan.. Membazir pulak bayar 20 hengget kang kalau setakat tunggu kat bawah je.. Ini kalau orang tua yang sakit kaki laa. Kalau orang tua yang masih gagah, tak de hal..


Ada jugak, dapur .. tempat makan... Berek-berek tu diasingkan mengikut bangsa laaa. Kalau askar Melayu kat berek A, askar Sigh berek B.. dan lain-lain laaa.. Dalam berek-berek tu ada katil-katil kayu yang original zaman tu punya.. Aish... meremang pulak bulu roma menaip memalam ni haaaa.. Ada dia buh frame2 gambar mangsa perang, bom dan lain-lain.. Saya masuk satu berek je. Berek-berek lain tak berapa nak berani dah... Cik abang pun kata, "Tah yah masuklaaa. Kang mengigau." Saya kan jenis penakut.


Aim sibuk dengan teropong. Tah apa diteropongnya pun tak tau laaa...

Ini pulak, toilet...
Pakai sistem bucket.
Siapa last kena pi buang (acah je)
=)


Buang ayooo masuk dalam baldi ye.
Lepas tu buang ke mana, tak pasti lah pulak.


Berek untuk pegawai atasan lainlaaa sikit.
Toilet sistem bucket gak kot.
Tapi, lepas buang.. ada orang tolong angkat kot.
Bereknya nampak lawa sikit laaa dari berek askar biasa tu.
Tak yah bersesak-sesak dalam berek macam askar biasa.


Ini pulak lubang apa ek..
Haaaa.. menurut pekerja kat situ.
Bawah ni ada tempat letak senjata.
Lepas tu ada jugak terowong berpuluh kaki ke bawah menuju ke laut.
Ada lorong tempat bunuh askar yang ingkar.
Lepas bunuh, terus je buang dalam laut.
Kejam kan? Nauzubillah...


Ada juga satu terowong rahsia yang akan membantu askar menyelamatkan diri.
Saya tak masuk sebab macam tak muat je..
Wakakakka..
Saya dan cik abang tunggu luar.
Jaga emak.. (ayat cover secara tiba-tiba.)


Tengok!
Memang sempit..
Siap kena merangkak segala bagai.
Nasib baik laaaa saya emak tak masuk.


Tempat menggantung!
Ish.....


Inilah serba sedikit tentang tarikh-tarikh bersejarah tentang kubu ini.
Atas bukit tau kubu ni..


Sebenarnya, banyak sangat gambar kitorang ambil kat sini.
Banyak benda nak cerita fasal muzium ni.
Tapi, tak reti nak mula kan dan nak akhirkan kat mana.
Sebab banyak sangat info best best kat sini.
Betapa beruntungnya kita dilahirkan di negara yang aman.
(Tapi, kalau harga barang naik, ahkak nak mengamuk gak lah.. wakakka)


Kalau korang pi Penang dan kalau anak (kalau ada) korang dah besar panjang..
Bolehlah korang pergi War Museum ni.
Memang best aaa.
Tak leh dicerita lengkap dengan karangan dan entri-entri di blog.
Kena rasa sendiri.
Rasanya 20 hengget tu memang berbaloi.
Biarlah meremang bulu roma sikit.
Dapat pengalaman yang menarik dan mengubah persepsi kita ..


Sekian sahaja dari saya!

Jumpa lagi di entri lain fasal percutian ke Penang ini.
Jangan bosan pulak ek..=)

2 comments:

zh-ena said...

rasanya zaman sek kot ena masuk muzium nie

~ain said...

ena.. masa kecik2 tu paham ke tidak tu?