Pembaca Blog Ini...

Monday, July 4, 2011

HARI PERTAMA DI PENANG



Ah.. tak boleh tidur!
Panas makan durian banyak..


Meh lah saya buat entri pasal pi Penang baru-baru ni..
Lagipun, best buat entri masa tengah best lagi kan.
Esok lusa dah tak best dah nak cerita.. =)


JUMAAT -1/7/2011
Gerak dari Setiu pagi buta.
Macam nak pi kerja gitu...
Pukul 7.15 dah duk dalam kereta.
Sebab tak biasa jalan tu kan.
Ada kata dari Setiu ke Penang tu makan masa 9 jam.
Kitorang dah cuak..
hahaha


Tapi, sekejap je dah sampai...
Dalam 5 jam gitu.
Pukul 12 tu dah sampai Penang dah.
Tak berhenti langsung.
hehehe
Ayah kata, jalan baru.
Kalau ikut jalan lama memang lama..


First time tau sampai Penang.
So, macam ke 'batak an lah sikit di situ. =)
Masa pergi tu, decide nak ikut jambatan.
Nanti balik, kita naik feri pulak.
Tambang sama je kan.... RM7 masuk je. Keluar tak yah bayar.. =)


Sampai je terus terjah opis adik saya.
Adik saya yang ketiga kerja kat Penang.
Tah apa jabatan dia kerja tu, saya pun tak ingat.
Dia bawa makan tengahari dan check in kat hotel kat bandar Georgetown tu.


Lepas check in, hantar dia pi opis semula..
Sebab dia nak pi buat passport ke mana tah.
Emak sms, "Dah atas feri."
Saya tunggu laaaa kejap.
Bawa emak ayah dan lain-lain check in..


Adik saya pi buat passport semua,
dia pi hotel ajak kitorang makan nasi kandar!



Saya tak boleh nak makan nasi kandar.
Tah.. Tak faham gak.
Kitorang yang perempuan (kecuali emak) makan Nan Cheese!


Lepas makan, cari jeruk!


Minah jual jeruk!
hahaah

Malam tu, lepak-lepak je kat hotel...


Esok jalan-jalan lagi.

No comments: