Pembaca Blog Ini...

Wednesday, July 6, 2011

TELUK BAHANG



~~~Autopublish~~~


Lepas ke Muzium Perang, Batu Maung.
Makan tengahari dekat-dekat situlah.
Tak ambil gambar sebab dah lapar tahap gaban.
Ayah pesan, makan yang simple-simple je.
Sebab lepas makan nasi tu nak pi makan durian pulak.


Oh ya.. hari kedua tu tak tidur hotel.
Tidur homestay kat Balik Pulau. Upeh Inn kot namanya.
Google laaa yek.. =)
Tak ingat nak ambil gambar.


Lepas makan nasi, balik homestay..
Buang apa yang patut, lepas tu gerak ke dusun durian katanya.
Pergi makan durian mahal nak mampus.
Sekilo enam hengget.
Makan lima bijik kot.
Lepas tu ayah ajak pi makan durian lain sebab tak sedap.
Sekali kena bayar 80 hengget laaaa..
Gila penipu laaa.
Dah lah durian tak sedap.
Mahal gilak..
Takpe, menipu kat dunia.
Nanti kat akhirat Allah balas.
Kita nak tolong orang kita kan?
Tapi, kena 'sembelih'...


Ayah pun ajak pi Teluk Bahang.
Makan durian bukit. Gerai Cina.
Tapi, murah dan sedap. Makan siap tutup-tutup mata.
Betapa nikmatnya.. hahaha
Selonggok lebih banyak dari yang 80 hengget tu baru RM20.
Emak siap beli bawa balik rumah lagi.
Semerbak bau dalam kereta! +)


Naim tak de mood masa ni.
Sebab dah letih kot.
Dia nak tidur dalam kereta.
Ayah kata mana boleh.
Bahaya. Lepas tu dia buat muka ... hahha..
Pecop.. Pecop..


Tengok tangan Aim pegang durian!


Imah mak bedah jual cuba nak jual manggis.


Tapi, tak beli pun manggis sebab tak de orang suka manggis.
Rambutan ada lah emak beli..


Saya memang hantu durian.
Makan banyak sampai sekarang (masa taip entri) dah nak demam.
Suara serak. Selsema.... Panas kan..


Beli durian sebakul besar seratus hengget.
Nak kasi pak mertua ipar duai...
Dengan nak melantak sendiri...


Lepas makan durian, ayah nak tengok ampangan.


Masing-masing dah tak larat dah.
Tenaga kene sedut kat Muzium Perang tu..
Tapi, ada hati nak bergalak.


Melompat sampai seluar koyak laaaaaaa.
wakakaka


Muka Naim dah letih gila!
Tak koser nak layan...

Lepas ayah tengok ampangan, terus balik homestay.
Saya tidur dengan jayanya dalam kereta.
Hahahahahah


Sampai rumah, mandi solat semuanya.
Rehat sekejap.
Lepas tu, keluar makan char kuew tiau.
Tah apa nama gerai ni tah.


Char Kuew Tiau dia sedap nak mati.


Saya makan dua pinggan.
Emak pandang saya, ayah geleng kepala.
Cik abang rilek je sebab dia pun makan dua pinggan juga.
hahahahaa


6 comments:

Joy said...

rindu nak ke penang lagi..tapi x jejak dah kut..hehehe

zh-ena said...

wah manggis fov ena tu

Zura said...

suke tgk durian ngan char kueh tiow..

~ain said...

joy.. kenangan usah dikenang2.. =)

~ain said...

ena.. ain tak suka manggis sebab tak reti nak buka manggis..

~ain said...

zura.. durian sedap! kuew tiau pun sedap!