Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 25, 2011

Nanti menangis

Dua tiga hari lepas, saya tidur awal sebab penat benooo katanya..
Saya kalau penat, sesuka hati je tidur.
pedulik dahalam sekitar.
Lantaklah apa nak jadi.


Tapi, kalau cik abang mengantuk nak tidur awal,
memang selalu saya marahkan dia.
Hahaha.. Ok, saya memang selfish di situ.
Saya akan lebih prihatin tentang keletihan
dan kemengantukan orang lain di lain kali....


Ok, sambung.


Saya letih beno, terus masuk tidur dalam bilik.
Lepas tu, bangun esok paginya
saya tengok cik abang tidur depan tv. Pelik laaaa..


Saya tanya, "Apesal tak masuk tidur dalam bilik?"


Dia jawab,
"Sayang dah conquer katil.
Tidur kaki ke mana, kepala ke mana..
Abang kesian nak kejut. Abang tidur jelah kat luar."


Saya pun,
"Ek leh......"


Dia balas,
"Abang tidur luar tapi abang buka pintu bilik
sebab takut Sayang menangis malam masa tengah tidur."


[Erk... dia ingat saya ni baby ke apa?]


Motif blur kan gambar? Suka hati lah, kan?

hehe

1 comment:

zh-ena said...

tanda abg sayang tu