Pembaca Blog Ini...

Monday, October 10, 2011

Kain Ela

Hari tu, ada beli kain ela.
Sampai ke hari ni tak hantar pi tukang jahit sebab tak sempat.
Bila ada masa, ada pasar pulak depan kedai tukang jahit tu.
Susah nak parking pulak depan kedai dia.
Nak kena parking jauh. Memang tak lah.
Saya kan sayang lelemak. kehkeh


Inilah kain saya… Dua pasang.
Satu lagi yang tepi tu dalam gambar tu.
English Cotton yang lembut gila babeng.
Suka sangat-sangat. Tantik (cantik) tak kain saya?


Saya selalu macam ni.
Sebelum masuk kedai, plan nak beli kain yang
warna pink laaa… purple laaa…
Nak cari yang kuning ada oren-oren laaa
sebab nak match dengan tudung sekian sekian.
Sekali, masuk kedai memang selalu terbekenan warna macam ni.
Saya sendiri dah naik bosan.
Tapi, nak buat macam mana.
Hati dah teeeeerrr suka kat yang lain.

Masa pergi Wakaf Che Yeh tu, ada kain ela murah.
RM30-40 sepasang.
Kualiti pun bagus. Berat kain dia.
Saya suka kain berat2 sebab tak payah gosok. hahaha
Tak pecah-pecah kain dia macam sesetengah kain murah.
Takde lah nampak macam kain murah.


Tapi, sedih sekali dirasakan di dalam hati.
Masa tu duit dalam purse dah habis sebab dah beli blaus ke apa benda.
Tambah lagi, hujan tetiba turun dengan lebat maksima.
Nak pi ATM pun jauh. So, tak de lah membeli.


Tapi, ada hikmah juga semua tu.
Idaklah rabak poket saya kan.
Nak pow cik abang pun takut.
Sebab saya tengah atur strategi sekarang nak mengepow dia benda lain nanti.
Takleh bagitau kat sini.
Nanti dia tahu laaa (dia baca tau blog saya).. wakakakaka

Ok, itu sahaja…..


8 comments:

Tihara said...

comel la kain tu :)

Sidratul Muntaha said...

psst..
lain kali klu ko pergi..aku nka kirim 2 pasang mcm aritu.
tpi mgm betul la ko ckp..
aku dah lama tak gosok sari dari setiu tu..
hhuuhh..
baju faveret plak tu.

PUANSTOBERI said...

ha..kekda pun ada gak baju tak buat lagi. Uhukss...

zh-ena said...

dua colour dia erk..cantik...

sama la ena pun dlm proses nak mengapaw suami nak beli something eheh

~ain said...

KAK TIHARA.. HEHEH TERIMA KASIH.. alamak tercapslock laa pulak..

~ain said...

ayu.. kain tu mmg tak yah gosok. sesuai untuk aku yang malas ni.. haha

~ain said...

kekda.. takde masa laaa.. pergi keja pagi, petang dah tutup kedainya..

~ain said...

ena.. so.. kita diam je skrg tak yah minta apa-apa.. nanti minta selalu2 kena bebel.. ahahha