Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 1, 2011

Nenek


Saya pergi kerja dengan bos saya.
Bos baru pindah kat kawasan rumah saya.
Ada program orang tua-tua kat office saya semalam.
Saya siap bawa nenek (belah emak) sekali
sebab nenek nak join program.
Program tu dua hari.
Nenek kena stand by makanan sendiri.
Saya buatkan nenek ikan bakar.
Nenek kemain suka.


Dalam perjalanan, nenek terjatuh.
Bos saya gelakkan orang tua tu.
Kurang ajar betul! Tak puas hati aku!!!!
Saya tanya nenek, "Nenek ok ke?"
Nenek angguk je.


Saya hantar nenek.
Bila balik, saya cerita kat cik abang fasal kejadian nenek jatuh tu.
Cik abang buat muka tak de perasaan.
Nenek tinggal kat tapak program.


Hari ni, nak pergi kerja..
Baru saya perasan nenek tertinggal ikan bakar dia kat depan pintu.
Kasihan nenek. Entah apa dia makan semalam.
Sedih aku!


Cik abang kejut, "Yang... bangun yang! Tak mau pergi kerja ke?"


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku benci mimpi yang tak best macam ni.
Tapi, macam tak nak tamatkan mimpi
sebab rasa rindu kat arwah nenek...


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nenek!
~Al-fatihah~



5 comments:

Imran Yusuf said...

Itu maknanya perlu balik ke kampung di Melaka.....dan ziarah nenek di Kelantan...

Sidratul Muntaha said...

nenek..
aku pun sedih..

psst: sekali bpk ko dah sound la!!
ahahaa!

~ain said...

ayah.. InsyaAllah. Bila ada masa terluang.

~ain said...

ayu.. nenek aku meninggal tahun 2003.. dah lama. tp kdg2 teringat jugak laaa...

hahaha..

ArELeEz said...

ptt la cam pelik sbb tetiba jer 'nenek tinggal kat tapak program'. mimpi rupanya.. he3..

btw, al fatihah utk arwah nenek..