Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 15, 2012

Keibubapaan

Tajuk ala-ala penceramah motivasi gituuuuu...


Hahahaa..


Tidak ada apa sangat nak cerita sejak dua menjak ni.
Hidup dilalui macam biasa. Sibuk keluar masuk kelas.
Meh laaa saya kongsi beberapa ilmu yang saya dapat malam tadi.


Ada tiga jenis keluarga yang berbeza tang komunikasi.


1) Satu jenis yang komunikasinya sangat kurang antara ahli keluarga.
2) Yang keduanya, jenis yang komunikasi sangatlah baik.
3) Dan yang ketiganya, keluarga yang komunikasi sedang-sedang. Tidaklah terlalu baik, dan tidak terlalu kurang...


Tetiba penyakit malas nak ulas datang menerpa.
Korang fikirlah sendiri apa maksud saya, ye?
Semua dah besooo panjang kan? hehehe


Saya dengar Wardina cakap kat TV Al-Hijrah, sebagai emak ayah jangan sesekali keluarkan kata-kata negatif dan tujukan kepada anak-anak.


Contoh ayat dia:

Amna (anak dia) cakap,
"Ummi, Amna malas nak pergi sekolah."

Wardina akan balas,
"Ummi tahu anak Ummi ni anak solehah. Anak solehah mesti rajin ke sekolah."
~Dia tak sebut pun words 'malas' tu walaupun Amna mengaku sendiri dia malas.. hehe. Sebaliknya, dia duk ulang ayat-ayat yang baik-baik sahaja untuk anak-anak dia. Yelah, ada benarnya juga. Kata-kata itu kan doa. Maka, kalau ibu yang keluarkan kata-kata itulah doa paling mustajab untuk anak-anak.


Then, satu perkara lagi yang saya ingat...
Dia akan selalu cuba berbual dengan anak-anak supaya masa tu lah dia boleh bercerita dan minta apa-apa yang dia mahu anak dia buat. Supaya anak-anak lebih terbuka meluahkan apa-apa yang mereka rasa kepada ibu bapa. Bukan meluahkan kepada orang yang tidak sepatutnya.


Bila anak-anak selalu terbuka meluahkan kepada ibu bapa, gejala luar yang tak berapa sihat tu senang lah ibu ayah nak detect kan. Yang sering terjadi, anak-anak memberontak sebab emak ayah tak faham apa yang mereka mahukan. Sebab? Tak de komunikasi..... Atau kurang komunikasi yang berkesan antara anak-anak dan ibu ayah.


Ibu bapa sekarang, tak cukup masa nak berbual. Apa yang banyak keluar dari mulut ibu ayah dan masuk ke telinga anak-anak hanyalah arahan, larangan, "You can do this," "You can't do this.." So, kemesraan tu tak ada antara ibu ayah dan anak-anak. Gitew...... Manalah anak tak memberontak, kan?


Wardina kata lagi, "Bagaimana pentingnya pasangan yang mahu berkahwin menyertai kursus pra-perkahwinan sebelum berkahwin, begitulah pentingnya ibu bapa sertai kursus keibubapaan sekarang."


Mungkin ada yang kata, "Alahai, emak bapak nenek moyang kita dulu tak pergi pun kursus semua tu." Ye lah, itu dulu. Sekarang ni kehidupan dah berubah. Langsung tak sama macam dulu. Dulu, masa ayah pi kerja.. emak ada di rumah. Secara tidak langsung, anak-anak ditemani dan dididik oleh emak. Sekarang? Both emak ayah terpaksa bekerja nak tanggung keluarga. Bukan semua mampu nak letak beban pada ayah sorang, kan.. Anak-anak terpaksa duduk taska, duduk rumah dengan bibik..... kan? So, banyak bezanya lagi zaman dulu dengan sekarang.


Saya rasalah, ilmu keibubapaan ini sangat-sangat penting. Mungkin banyak lagi perkara yang kena belajar kan dalam hal ni. Mungkin semuanya tidaklah mudha bagai dikata. Tapi, kalau semua orang ambil masa berfikir, sudi terima dan mahu belajar mengubah cara didikan dan memperbaiki mana-mana yang kurang. Saya rasa keadaan kita akan jadi lebih baik. Lagipun, anak-anak kan selalu akan ikut perangai emak pak dia. hehehe....


Mungkin ada yang pandang, "Alahai, siapa lah si Wardina tu. Muda lagi. Anak pun kecil2 lagi..." Apa yang penting kat sini, bukan kita tengok dari siapa nasihat itu datang. Mungkin kita sepatutnya lebih tengok pada apa yang nasihat itu bawakan untuk kita... Tak semestinya orang muda semua tak betul. Tak semestinya juga, orang tua betul belaka kan?


Pendapat saya aje.. Secara teori je lah, kan?
Nak apply, belum ada anak. =)


Apa pendapat korang pulak?





1 comment:

puanstoberi said...

Btul lah tu kan.. zaman ni da byk beza ngan dulu. Takut tgk ke advance nan bebudak skang ni