Pembaca Blog Ini...

Tuesday, January 17, 2012

Study


Semalam eh bukan semalam.. Kelmarin.. Hari Ahad kot.. Tengokkan website UiTM untuk adik ipar sambung belajar. Dia kata, bosanlah.. Dari duduk saja kat rumah, baik sambung belajar. Takpelaaaa. Pak dia banyak duit nak tanggung dia.. Anak last last ni memang laaa bertuah kan.. heheh


Mana tak bertuah? Nak belalang yang ada orang jual kat atas Bukit Bendera, buat dari daun kelapa senang-senang je dapat. Berapa tu? Dua ringgit? Semua orang nak hulur kat dia dua ringgit. Ini cerita adik bongsu saya lah. Adik bongsu korang, idaklah saya tahu.. Dulu, saya nak mainan Tora ke apa tah yang dalam kotak tu. Harga lima posen je pun. Berperang, jeling menjeling sampai ke sudah dengan emak. Yelah, masa tu seposen pun payah nak dapat kan. Sekarang, duit senang...... Sebab tu lah, anak-anak hujung-hujung ni muaaaa dia lebih kan. Semua benda dia orang lain yang kena buatkan untuk dia.... Lumrah anak bongsu zaman kini. Zaman dulu tak tahulah pulak macam mana sebab saya tak lahir lagi masa tu. haha


Ok, sambung fasal website UiTM tadi..


Tengok punya tengok tetiba saya yang ter call UiTM Dungun. Tanya fasal kemasukan untuk saya pulak yang nak sambung belajar. Selama ni, ada orang duk kata.. "Ain tak mau sambung dah.." Ish.. salah tu! Hasrat nak sambung belajar selalu ada dalam hati. Ecewaaaaaaaaaaaaah!


So, saya call lah kan orang yang incharge hal intake tu. Cikpuan tu kata masih sempat lagi nak apply untuk intake bulan Mac 2012. So, saya pun try. Tetiba.. kena pi interview hari Rabu... Esok laaaaa!


Cik abang kata, kali ni jangan tangguh dah. Kalau tak dimula, memang takkan habis laaa kan belajar.. Yuran tu dia tanggung lah dia kata. Tapi, dia kata lagi.. Kalau dah habis belajar janganlah lupakan dia.. Tah apa-apa ayat dia.


Saya dah fikir dah. Kalau in case cik abang tak cukup duit nak tanggung saya ni... Saya relalah jual kereta saya tu. Perit jerih pun sabar jelah sementara dua tahun nak belajar kan. Sampai jual kereta nak sambung belajar? Dah tu? Nak korek mana lagi nak bayar yuran? Itupun kira bagus jual kereta. Kalau kena jual rumah? ahahahahhaa.. lagi haru kan? heheh. takdelah.. Nak ulang alik setiap hujung minggu, bukan sikit belanja nak guna kan. Ansuran kereta tu memang tak habis lagi kat bank tapi, at least tak yah bayar dah bulan-bulan. Boleh buat bayar yuran... =) Lagipun, lepas habis belajar boleh upgrade beli kereta baru... lalalala.. Cik abang marah. Dia kata, "Belajar dulu. Jangan sibuk nak berangan beli kereta baru.." Eleh.......


Tengok? Anak sulung-sulung sampai kena jual kereta sebab nak sambung belajar. Anak akhir-akhir takkan nak buang masa, buang peluang.. Pak masih mampu nak tanggung korang belajar, kan? Syukur je la...


Takpelah, harap kali ini Allah tetapkan hati dan permudahkan jalan hidup saya ini. Jalan yang saya pilih untuk dua tahun akan datang... Mac 2012- Mac 2014 sebenarnya, bukan lama sangat pun, kan? Pejam celik pejam celik dah habis....


Uiii, tak sabarnya nak konvo! wakakaka


[Psssst... MyBrain tu untuk coursework ke research ek?]

6 comments:

PUANSTOBERI said...

Mybrain tu rasa cam ada je dedua kut. Akak pun tk igt, retu ada tgk, lps tu sbb tak berkenaan, dia tak lekat da kat otak. huhu
Ala...jeles nih Ain bleh apply Mybrain, da jeles juga Ain da further. Akak?? ontah la... pi mai pi mai tang tu jugakkk.... :D

Sidratul Muntaha said...

dulu
ade satu entry aku baca lebihkurang cmm ni
time ko citer psl parents anto anak ke kolej
sembanag2 dgn ko
pastu ko mention sejibik sejibun benda yg sama

zh-ena said...

kan blh kuar duit kwsp utk smbg belajar

~ain said...

kak stoberi.. takpe kak.. slow slow kayuh..

~ain said...

ayu.. kalau aku ulang2 cakap perkara yang sama tu, maknanya aku mmg terkesan dengan hal tu. dan aku memang serius untuk katakan hal itu.. dalam kelas pun aku selalu ingatkan student aku perkara yang sama. Jangan kerana kesenangan hiduo, kita jadi muaaaaaaa!

~ain said...

ena..kwsp tak cukup sebab kan baru kuar buat beli rumah tahun lepas.. hukhukhuk