Pembaca Blog Ini...

Monday, February 27, 2012

Daftar

Bangun seawal 6.30 pagi, tanpa tidur semula. Mandi terus. Gerak jam 7.15 dari rumah sebab jam 9 registration start


Cik abang drive dengan penuh dedikasi (Terima kasihlah, sayang!). 
Pukul 9 sampai di UiTM Dungun. Tapi, my mistake; tak photostat sijil transkrip ic awal-awal.
So, mengaruk kat sekitar kampus cari kedai photostat. Nasib baik jumpa. Kena bebel lah sikit ngan cik abang sebab selalu kita bebel dia buat kerja last minit, kan hehehe .. Tadah telinga je lah..  

Pukul 10 baru sampai Dewan Anggerik. Ramai dah daftar. Isi borang semua. Urusetia suh pi buat kad matrik... Cari pak guard kat area area situ sebab urusetia suh cari pak guard tanya mana tempat nak buat kad matrik tu. Tak jumpa. Cari pak guard kat pintu pagar. Pak guard tu salah kasik info atau salah faham. Terpergi kat library lama. Hampagas betul. Panas......... sebab dah tengahari masa tu.

Masuk Dewan Anggerik semula. Tanya urusetia manalah tempat nya tu sebenarnya. Urusetia gelakkan saya.. hahaha.. Tak kisah. No heart feeling. Pelajar baru, kan? Manalah nak kenal semua bangunan pada hari pertama mendaftar kan? Sama macam daftar masa UiTM Segamat, Shah Alam. Sesat itu pengajaran!

Urusetia yang baik hati telah menunjukkan jalan sehingga sampai bilik buat matrix card tu. Proses tak sampai 5 minit. Siap! Cik abang tunggu dalam kereta aje. Dia cakap, "Muka sombong!" Haii... dah berbelas tahun berkenalan hari ni baru nak cakap muka I muka sombong? hehehe. [Nantilah I tayang kad matrik puan muka sombong tu....] 

Lepas buat kad, terus keluar kampus. Makan angin (bersama air kelapa, air cincau, keropok lekor) tepi pantai. UiTM Dungun kan tepi pantai. Nyaman je tengok air laut tenang. Tak berombak sangat hari tu. Macam minta hati saya turut bertenang. Jangan gelabah sangat. heheheh

Urusetia pesan, "Kita ada sedia makan tengahari. Puan datang pukul 1.30 lah. Makan dulu." Tapi, bila sampai makanan dah habis. Takpe.. Terus masuk dewan. Ada taklimat dengan koordinator. Saya heret cik abang sekali. Saya cakap kat dia, "Taklimat ibu bapa. Abang kan penjaga saya sekarang. Jadi, kena masuklah..." Dia ikutlah aje...

Lepas taklimat, terus membawa ke Industrial Talk dari Puan Kartini. Speaker dari Bank Muamalat. Saya cakap kat cik abang, kalau nak kuar... pi lah. Tapi, dia nak join sebab dia nak belajar fasal Islamic Banking. Merasalah saya duduk dalam satu dewan kuliah di universiti dengan suami saya.... Sebelum ni, duk sekelas je kat sekolah dulu. Lepas tu, dia belajar kat u lain. So, tak sama...... hehehehehe

Masa talk, saya sakit perut. Pi jamban (hahahahaha itu pun nak kasitau ke). Punyalah jauh cari toilet. Yelah, tak biasa. Tak de pulak orang lalu situ nak tumpang tanya. Nasib baik sempat jumpa toilet. hahaha. Balik tu, terserempak dengan Mat Over  Pi Mai Tang Tu. hahahah.. Kelakar! 

Lepas talk, saya tanya abang. Nak makan ke nak balik? Abang cakap, dia nak balik.. Ok!

Saya tidur sepanjang jalan balik. Abang kejut masa berhenti makan kat tepi jalan mana tah. Lepas dapat makan, tidur lagi...................

Sampai rumah pukul 6 gitu. Letih! Sambung tidur lagi. Pukul 9 baru bangun. (cuti solaat).

Bangun tidur, cik abang tanya... "Sayang boleh tak nak sambung belajar ni?"

"Boleh.. Awal-awal memang lah letih sikit. Lama-lama badan boleh adapt dah kan...." ~amin


~Sekian~

3 comments:

A N A K - A N A K K U said...

biasalah memula mmg mcm tue studypun same..hehehe memula berkobar naik lama skit...cepatlh hbs...hahahahaha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

chaiyok2! buktikan bahawa anda seorg iron lady! k-mon, bebeh! ;P

p/s: klu jumpe mat over lg, kim slm kat dia, ek?! ha3..

zh-ena said...

cha yok cha yok ain..\
sama2 kita hadapi dugaan bersama-sama