Pembaca Blog Ini...

Tuesday, February 21, 2012

Kalsium

Saya lenguh kaki.... Huhuhu... Tolong! Tulang dah semakin mereput. Bila saya ngadu kat cik abang, dia bantai gelak, "Macam-macam bini aku ni. Tulang patah lah. Reput lah..."


Berat badan makin bertambah kot. Ini masalah negaraku sekarang. Makan banyak pun naik, makan sikit pun naik. Kena pi jogging hujung minggu ni. Asyik je nak jogging tetiba je ter jogging depan tv lah, ats katil lah. Masalah malas tu lebih BESAR dari tuannya.



Lagipun, saya memang kurang kalsium kot. Sejak kecil tak minum susu sebab emak saya sakit masa saya kecik-kecik tu. Saya duduk dengan arwah atuk nenek. Hisap tet*k atuk. Mestilah mengamuk kan sebab takde susu di situ. Adoi. (*__*) Emak kata, bila atuk nenek kasi susu formula, saya tak mau minum. Kesudahnya, minum susu soya sampailah ke besar. Itulah...... Susu memang tak minum sampai sekarang. 


Dulu, tah tahun bila tak ingat..... Cik abang belikan susu Anlene. Perisa coklat sebab saya kan anti susu tepung warna putih tu. Rasa macam yek yek.. Kononnya, kalau beli susu perisa coklat saya akan minumlah. Memang lah minum. Tapi, ada lah sekali ke dua kali tah. Lepas tu terkandas lah susu tu kat lemari dapur sehinggalah sampai tarikh luput.


Pak mertua saya pun sakit lutut. Tapi, normal lah kan sebab pak mertua dah umur 65 tahun. Saya ni muda lagi pun dah sakit lutut. Alahai hai hai hai... Dia cakap, dia minum Anlene, kurang sikit sakit lutut dia.. Kenapa susu lagi? Kenapa?


Adoi! 
Korang ada tak cara nak dapat kalsium selain minum susu?

7 comments:

haslina said...

salam dear.
mmg kalsiumlah yg utama bg kita ni org pompuan ;)).

dulu ada member yg fully brestfeed anak dia.
dia pun x minum susu.
alternative dia byk makan ikan bilis dan sumber2 kalsium yg lain.
nampak ok je kakak tu skrg.

masa pregnant anak ke3 hari tu, mmg minum fully milo kosong sahaja bt pengganti susu.
cuma kekadang adalah juga minum fresh milk.
masa anak ke 2 pula, mmg minum soya semata.
alhamdulilah semuanya.

cuba alternative lain yea.
selamat.

CikPuan Fara said...

try cari pil kalsium kat farmasi. senang.. xyah bau2 susu hihi

PUANSTOBERI said...

Yer, akak juga begitu. "Bencinta" btul nak joging.

Kalsium bleh diperolehi dari sumber lain gak kot, tp seme org mention susu je kalo kurang kalsium.

Tp, kita yg conceive pun elok minum susu. Whole fat milk katanya. Akak ni plak masa kecik terlebih kalsium, bila da besar tak lalu dah ngan susu. Huhu :D

DaZzlingLilLy said...

boleh try cari supplement dlm bentuk pil yg ada high kalsium..i pernah baca tapi tak ingat dah brand apa..

zh-ena said...

emmmm entah..minum susu jgk kot nak dptkan kalsium

ArELeEz said...

aah kan? kenapa susu? kenapa x ayam grg ke.. lasagna ke.. char kueteow ke.. sbg salah 1 medium nk gain calcium? isk3.. confuse!

ketikketok said...

untuk hilang atau kurang kesakitan di bahagian lutut cuba sapu minyak DABUS Aromaterapi. juga berkesan untuk mengubati parut dan kesan luka.