Pembaca Blog Ini...

Monday, February 6, 2012

Perarakan


Salam Maulidur Rasul..
Hari ni hari Isnin. Korang kat KL, cuti kan? Kitorang kat sini kerja macam biasa. Esok bru ada perarakan sempena Maulidur Rasul. Dah lama tak join perarakan macam ni. Last sekali masa kat UiTM Segamat. Pakai baju merah (Kolej Baiduri). Semangat memasing tempah baju merah menyala demi untuk menjayakan perarakan itu. Kolej Baiduri asyik menang je kot. Eh? Ke kalah ek? Dah tak ingat... Ngeeee~~ 


[Dalam gambar] Inilah baju merah yang tempah beramai-ramai tu. Sekarang, haruslah tak muat kot.. hahahaha. Dah perturunkan kepada adikku Icah. Kemain suka dia sebab baju tu elok dan kainnya masih cantik. Masa menempah tu dah kelam kabut. Terpaksa hantar tempah kat tailor mahal. Tu yang jahitan bermutu tu. Dari tahun 2005 (kalau tak salah), sampai sekarang (2012) masih boleh dipakai (walaupun oleh empunya badan yang berlainan).


Oh.. hari esok kontijen (katanya) jabatan kami kena pakai baju purple! Kenapa lah tak warna biru. Saya banyak baju biru. Mana pulak aku nak korek baju purple. Memang tak de dah baju purple. Dulu ada la sepasang dua. Tapi, sepasang dah berlubang sebab kain nipis kan basuh pulak masuk mesin basuh. Tak tahan lama laaaa. Satu lagi dah sedekah kat orang miskin sebab tak muat tapi masih baru. Ada sepasang kat tailor. Tapi, macam lah dah siap. Takpe, petang nanti, try tanya kat tailor tu. Kalau dah siap, alhamdulillah. Kalau belum siap, kita fikir alternatif lain. Berakar kepala otak fikir nak pakai baju apa esok.


Cik abang lagi lawak. Dia cadangkan saya pakai baju inner je. Saya memang ada inner baju tu warna purple.. Hahahahaa... Tak logik. Cadangan tah apa-apa. Takleh terima.. kang tak pasal pasal lepas berarak ramai-ramai semua ikut ahkak naik opis. hahahahhaa. Tak kuasek!


Dulu (masa kat UiTM Segamat) memang setiap kali sambutan Maulidur Rasul, semangat nya lebih........... Selawat kemain kuat. Jalan bersemangat sambil pegang sepanduk. Hehehe.. Sekarang, tak tahulah. Sejak bekerja kat sini, inilah pertama kali berpeluang melibatkan diri.  Tahun lepas, jaga exam lah. Demam lah. Pi outstation la... Macam-macam hal.


Orang kata, amalan berarak sempena Maulidur Rasul ini adalah bida'ah. Tapi, pada saya apa salahnya kalau ianya memberi kesan baik dan dapat mengingatkan kita kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sambil berarak tu kan berselawat. Dapat pahala...


Ke guanne?


3 comments:

ArELeEz said...

bidaah kan t'bahagi kepada 2. 1 of them adalah bidaah hasanah. & leez rase, b'arak utk maulidurrasul nie t'masuk dlm bidaah hasanah.

ArELeEz said...

nk tambah sket, well.. bidaah hasanah samadgn bidaah yg baik.

~ain said...

leez.. sangat betul! setuju! tapi, kalau melebih2 tak elok juga..