Pembaca Blog Ini...

Thursday, February 2, 2012

Mahal supo bedil....

Adoi doi doi.. kedodoi.

Nak sambung belajar punya fasal. Yuran mahal .. Orang Kelantan kata, "Mahal supo bedil!" ~ maksudnya mahal macam pistol. Hahhaha.. yeke pistol ke paling mahal dalam dunia ni? Ye ke? hahahha tak kot..Alaa.. itu perumpamaan diorang laaa..


  

Cik abang kata, "Takpela... Sayang belajar je la. Duit tu biar abang fikir. Asalkan nanti dah berjaya jangan lupakan abang.."


Mak aiiiii.. ayat tak boleh blah. Sejak dua menjak ni ayat dia tah apa-apa tau. Baru-baru ni saya kan demam. Dia boleh cakap, "Bilalah sayang nak baik demam ni. Abang nak ajak pi dating!" Pui...... Lepas tu, ada sekali tu tengah tengok tv syiok-syiok dia boleh tanya, "Sayang, sayang cintakan abang tak? Abang cintakan sayang tau.. Sepenuh hati.."  Wakakakakaka.. macam nak tercabut urat kentut ahkak. Hahahaha.. Laki den dah angau pelik. Malas nak layan. Makin tua makin menjadi. hahaha


Oklah... berbalik pada hal yuran MBA tu. Mahal.... dulu murah sikit dari ni. Dulu lima belas ribu je satu kos. Tapi, mungkin sebab sara hidup harga barang semua naik kan. So, terpaksa rela mereka naikkan harga. Walhal, sepatutnya, kita rakyat Malaysia ni nak belajar memang percuma je. Takpelah, yang tu diorang yang sepatutnya jawab kat akhirat laaa...  Malas nak komen bebanyak kang kena gam. wakakakaka


Daftar 25 Februari 2012. Mulai hari ni, kita lancarkan tabung derma kilat laaaaaa. Manalah tahu, ada orang nak menyumbang ke bayar zakat ke.. Hahahaha.. Eh, saya acah je ni tau. Bukan bebetul bukak tabung derma. Saja gurau.. Kan cik abang yang cintakan saya sepenuh hati tu dah rela nak fikirkan fasal duit.. Kita belajar aje ye, puan-puan sekalian. Tapi, saya ingat nak try  apply laaa mana-mana scholarship ke apa ke yang boleh tampung kancah pembayaran yuran ni. Mana tau ada rezeki.. Dapat bayarkan separuh pun takpe laaa kan.. Kesian pulak kat pencinta sepenuh hati tu. =)


Sekali lagi, korang............. Doakan saya ditetapkan hati. Dikuatkan iman untuk menjalani hidup sebagai seorang pelajar semula! Tolong ye korang! Doa je saya minta. Duit yuran tak payah... 


hehehehehe




6 comments:

Joy said...

bedil pun dok mahal gitu dok? :)
pn ain, untung tau memiliki pencinta tegar gitu..bertuah sgt ;)

zh-ena said...

ena pun msh lg mencari kekuatan diri untuk belajar..penuh dgn cobaan dan dugaan

blh keluarkan duit kwsp kan

pB said...

takut tengok yuran tu ...

ArELeEz said...

sweet betul ayat p'cinta sepenuh hati u tuh. he3..

~ain said...

joy.. terasa diriku begitu berharga..

~ain said...

ena.. sama-samalah kita pi kelas hujung minggu.. kwsp ada, tapi tak cukup sbb hari tu dah kuar beli rumah