Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 24, 2012

Hotel

Salam....

Sepanjang minggu belajar ni, rutin kami ialah Jumaat ada break 1-2.30pm saya akan check in hotel dan cik abang akan pi solat Jumaat. Last two week duduk Hotel Sri Gate. Budget RM65 nett. Pun ok jugaklah dengan harganya. Takde breakfast. Pepagi kena makan roti dulu. Tak dak pemanas air. Takleh bancuh milo memalam. Tapi, oklah.... Dari tak de kan..


Tapi, minggu ni macam nak try Hotel UiTM. Classmate kata best. Dekat pun dekat sebelah pagar je kan. So, boleh lewat-lewat sikit.. hehehe..


Lepas solat Jumaat, pi check in. Bagus receptionist sangat membantu. Saya tanya, "Takde diskaun student ke?"  Dia jawab, tak dak. Takpelah... Saya hulur kad kredit. Dia verify... Ok, Deluxe Room including breakfast for 2 RM160nett.  Oklah sekali sekala. Selalu-selalu, rabak gak poket ahkak...


Jauh lebih baik dari hotel budget tu laaa.. Katil bersih. Tak bunyi-bunyi.. hahaha.. Ada pemanas air, peti ais, boleh bancuh air memalam. Makan maggi cup. Hahah.. Macam bercuti bersantai mantai... Gitew... Bilik air best, walaupun takde bathtub. Pendek kata, sangat best nak study dalam bilik itu. Hai... kenapalah bilik best mahal? Takde ke bilik best yang murah? Tak de ke? Takpe, sabar jela.. Mudah-mudahan ada rezeki lebih, boleh book hotel best sokmo-sokmo..


Saya study sambil tengok tv. hehehe. Eh, sambil makan bubur nasi segera, minum milo, makan kacang dengan enak sekali. Seronok guling-guling. Aman. Takde bunyi enjin kereta motor macam kat hotel budget dalam bandar tu.  Ain, bersyukur! Baiklah..........


Pagi tu, awal-awal dah bangun. 7.30 pagi cafe bukak. Kitorang laki bini awal dah terpacak.. Sedap makanan nya dan pelbagai pilihan. Nasi lemak rendang ayam, nasi goreng ikan masin, sambal paru gilak, laksa tganu yang sedapsangatyarabbi, bubur nasi saya makan dengan serunding, bread butter pudding sangat best macam nak makan semua, telur separuh masak, cereal.... aahhaah banyak lagi. Tapi, itu je yang boleh masuk dalam perut ku ini.. Heheh Kenyang Alhamdulillah.. Tu yang mengantuk time jawab test 2.. Hampeh betul!


Lepas tu, saya jumpa receptionist tu kad kredit ah verify dan dah bayar sekali ke apa? Sebab semalam ia cakap ia verify untuk deposit je. So, dia cakap.. kang nak check out kena kasi kad kredit laaa sebab nak bayar. Disebabkan saya ni nak pi kelas jap lagi, cik abang yang akan check out. So, saya pi bayar siap-siap laa. Cik abang tinggalkan kunci je kan..


Tetiba kad kredit decline... OMG!  Apesal la kad Bank Islam ni. Hari tu, decline kat Jusco. Bila lama tak guna je, bila nak guna ia buat perangai huduh. Sabar je lah aku...Saya pun bayar cash je lah.


Sekali, receptionist tu tanya, "Akak student EMBA ke?"


"A'ah.... kenapa?"


"Kalau student EMBA ada diskaun. 30%. Saya dapat senarai nama ni. Student EMBA je boleh. Student lain tak boleh."


"Oh.... Baguslah kalu gitu. Boleh lah saya duduk sini lagi.."


So, semua sekali RM112 sahaja. Bayar cash aje.


Saya fikir, kalau Deluxe RM160 - 30% = RM112.
Kalau Superior RM120 - 30% = RM84.


Berbaloi dengan kemudahan yang ada tambah sikit je dari RM65 tu kan?
Katil double single jugak pun.. Breakfast pulak nyum nyum.. hahaha


Ngeh ngeh ngeh...
Memang kerap laaaa aku menepek kat Hotel UiTM tu lepas ni...


3 comments:

PUANSTOBERI said...

Alo..besnya..oh..bleh la terai hotel uitm ni..bekas student bleh dpt diskon tak?? Hikhik.
Eh..ni kat mana ni?? main nak duduk je.. huhu :D

zh-ena said...

wow bestnya ain sambil pg class blh lepak sekali sekala di hotelkan

Sidratul Muntaha said...

je;esnya org tu smbung belajo.aku entah bila nak smbung