Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 24, 2012

Ujian Mengantuk

Minggu ni masuk minggu ke-4 sebagai pelajar. Cepat masa berlalu. Minggu lepas, minggu break. Tapi, kena study untuk Test 1 dan Test 2.  Tunggang terbalik saya study. Hahaha... Study sambil tidur. Apa daaaaa..


Jumaat ada Test 1. Ada 3 soalan jawab 2. Nasib baik yang wajib jawab tu, memang boleh jawab. Satu soalan kena buat esei 50 markah. Alahai.. kalau ku tahu soalannya macam tu, tak payah lah study sangat. Prof kata, level sekarang memang tak yah study sangat. Kena tahu apply case to the theory je dia kata.. Tersangatlah seronok kalau dah tahu macam ni. Tapi, ada jugaklah terlupa term term nak apply tu. Tapi, belasah je. Harap Prof. tak peninglah baca jawapan saya.


So, Test 2 tadi bab Leadership. Soalan senang dari Test 1 tapi, mata saya buat perangai bodoh, Mengantuk tak tentu arah.. Malam tadi, baru baca bab tu. Kali ni, tak study gila-gila laa.. Cuma, fahamkan theori Leadership yang ada. Lepas tu fikirlah sikit-sikit apa agaknya soalan tu nak tanya. Ahaha.. Ala-ala mak nujum gitu.. hehe




Next week, kelas hari Jumaat je sebab Sabtu Prof. ada hal. Jadi panel. Ganti 7hb nanti lepas Bengkel SPSS tu 6 & 7hb. Mungkin sampai ke malam. Takpelah, asalkan selesai 1 modul. Lepas ni , terus modul 2 iaitu subjek Marketing pulak. Alahai... saya banyak dah ingat-ingat lupa fasal marketing ni. Harap-harap oklah...


Jangan sengguk-sengguk dalam kelas, Ain! Tolonglah..........

1 comment:

zh-ena said...

eheh last week ena ada class nsb baik la mata takder buat hal