Pembaca Blog Ini...

Tuesday, May 29, 2012

Kempen Memasak di Rumah


Ahad dan Isnin adalah mencutikan diri. Ambil kesempatan study untuk test. Sem ni banyaklah cuti. Sem depan surutlah cutiku yang ada 35 hari lagi. Takpe, banyak kot... Kalau tak cuti pun bukan boleh jual cuti pun kan kan kan?


Oleh kerana cuti, maka saya tidaklah terlalu 'jelly' sangat Ahad dan Isnin. Hari ni tak tahulah macamana, kan? heh heh heh


Ahad tu, abang balik lewat. Dia tak sempat pi pasar beli lauk basah. Isnin, pepagi sebelum pi kerja dia singgah pasar beli lauk basah. Hah... mana nak cari suami ini macam. (Baca: mana nak cari isteri pemalas macam saya) Suami pergi pasar, isteri masih dibuai mimpi di rumah. Saya janji dengan dia, minggu ni tetiap hari nak masak. 


Maka, dia beli lauk untuk seminggu. Ikan ada dua jenis. Sotong ada. Udang ada. Kerang ada. Memang cukup seminggu untuk makan dua orang. Semuanya RM19 je. Kalau makan kat luar, mahu sekali makan je dengan pitih RM19 tu. Kalau biasa-biasa je. Kalau makan ikan siakap kukus limau halia bagai? Memang RM30 lah kan dia punya belanja. Kalau masak RM19 tu boleh makan seminggu. Dengan syarat bawang, cili bahan-bahan lain sudah sedia ada di rumah. 


Makan di rumah adalah sangat bagus. Selain poket terjamin, kebersihan terjaga. Tapi, kalau dah tiba musim malas... Tak dapek lah den nak nolong eh... Keh.. keh..keh..


Ini saya masak semalam.. Permintaan cik abang. Oklah, sebab dia penat pi pasar,kita turutkanlah.. Lagipun, senang gila nak masak. 

Bersihkan sotong, tumbuk bawang merah  3 biji, bawang putih 1 ulas, lada hitam sesudu besar, serai sebatang, kalau nak pedas lagi tambah cili api, garam, gula sikit... buh semua bahan dalam kuali, buka api, buh air sikit je.. Tunggu air sotong kuar dan mendidih. Rasalah cukup ke idak garam gula dia! Siap....... (Ini kalau malas jugak, tak tahu laaaaaaa apa macam!) hehehhe




Erkk... hari ni nak masak apa yek?

3 comments:

zh-ena said...

nak cuba msk menu nie

Jaslin.D said...

wah...dh dpt idea mcm mana nk msk sotong dgn cepat & mudah....x sia2 Mak tulih buku resipi ye? Tq Ain.

~ain said...

ena.. cik jas.. silakan cuba!!!