Pembaca Blog Ini...

Tuesday, May 29, 2012

Mek Bulat

Saya tak pernah buh gambar anak saya dalam blog sebab manalah saya ada anak, kan?
Anak sedara adalah lima enam orang.
Anak sedara pun kira bolehlah macam anak sendiri kalau dah takde anak tu, kan..
Belasah je lah. Janji ada.... huhuahuauauh


Bukan tak mau buh selalu selalu dorang ni dalam blog.
Tapi, kang orang ngata pulak. 
Dah lah buh gambar anak orang. 
Pastu pulak.. yelah, ada sesetengah blog ibu-ibu tu terlalu obses dengan anak mereka.
Sampaikan cara mereka cerita fasal anak-anak tu buat terlintas satu ayat, 
"Eh, macam ko sorang je ada anak comel. Orang lain semua anak huduh.."


Ada kan blogger gini kan? 
Alah.. korang korang yang emak-emak pun mesti ada perasan apa yang saya tulis ni...
Ini bukan sebab saya ni bukan emak-emak so, saya rasa jeles ke dengki ke.
Bukan gitewww?
Langsung tak jeles..


Eh, bukan semua tau. 
Adalah segelintir je emak-emak blogger yang begitu.
Macam takde cerita lain dah dalam blog dia.


Si A cite jugak fasal anak dia,
Si B pun cite jugak fasal anak dia, 
tapi, cara si A tu lebih menjengkelkan.
Cara si B tu tak begitu menjengkelkan.
Maksud saya, bukan semua blogger cite fasal anak tu menjengkelkan.
Segelintir je ye.. Segelintir.. Bukan semua!
Kang ada persatuan emak-emak blogger fire aku kang.
Tak memasal je...


Tapi, saya langsung tak salahkan mereka sebab emak-emak kan. 
Sudahlah tentu mereka sayangkan anak mereka.
Sudahlah tentu ke obsesi an itu kepada anak-anak mereka. 
Cuma kadang-kadang cara tu.. 
Cara bercerita tu buatkan kita loya tekak. 
Orang lain pun ada anak, cerita jugak sokmo-sokmo kat blog. 
Tapi, idaklah macam cara ko ni bercerita...


Gitew.. Faham? 
Eh.. eh...Janganlah terasa. 
Korang tak macam tu.
Itu blogger nun yang duduk kat Afrika Selatan tu... 
Bukan korang!


Lagipun, lantak diorang (orang Afrika Selatan tu). Blog diorang kan....
hehehe


Ok, ini (kiri) Anis Humairah dan Faris Irfan (kanan)
Anak abang (abang cik abang).
Abang dia dah buh dah dulu fasal suka kipas.
Anis Humairah (a.k.a Adik Lala)
Abang dia tu tak reti nak sebut Humairah so, dia belasah je sebut Adik Lala
 


Disebabkan dia ni bulat. Serba serbi bulat. 
Mata bulat, 
pipi bulat, 
kepala bulat (takkan kepala segi pulak), 
hidung bulat, 
mulut muncung bulat-bulat, 
tangan ketul-ketul bulat-bulat..
Tok ki pun panggil dia Mek Bulat. 
Abang dia belasah panggil Adik Bulat...



Comelkan (bulat kan) anak sedara saya?


(Wah, anak sedara ko je yang comel, Ain! Anak sedara orang lain semua huduh)
Well... well.. well.. what to say... 


Ahaks!

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

jg jadi mcm aku
citer psl anak lebih kurang lepas mcm hiudp segan amti tak mahu!
ahah.
ko bila nak tgk angkat ko ni ain?!
takmo gesel2 pipi dgn aku ker?

zh-ena said...

ena plak kategori mcm mana ain?
obses tak citer psl anak?

alolooooooo comelnya ain..
geram tgk mulut dia..geram tgk