Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 26, 2012

Anak Dara

Pagi tadi singgah Tabung Haji sebab nak simpan duit sikit. Naik VIVA sebab WUH pi hantar servis. Cik abang je masuk dalam Tabung Haji sebab tak ramai orang. Saya tunggu dalam kereta aje. 

Masa saya tengah tunggu tu, ternampak getah rambut strawberi warna pink dekat dashboard belah bawah. Biasa cik abang letak kunci atau kertas resit beli barang kat situ. Lama dah saya tak naik VIVA sebab selalu bawa WUH aje. VIVA abang bawa pi kerja.

Getah rambut tu budak-budak punya. Bukan orang dewasa punya lah kan ada strawberi bagai. Bila abang masuk je kereta, saya pun tanya.. Saja je tanya. tak de apa-apa pun.

"Getah rambut siapa tu?"

"Itu Lala (anak abang dia) punya lah kot.. Dah lama kat situ. Tak ingat nak bagi kat abah dia."

"Bila dia naik kereta ni?"

"Hari tu kot masa VIVA ni duk sini tu. Lama dah.."

"Ooo..." ~ saya pun diam jelah. Sebab saya bukan curigakan dia pun. Sumpah! Langsung tidak..

"Kenapa? Kalau abang nak bawa perempuan pun, abang mesti nak bawa anak dara. Apa barang bawa perempuan ada anak bagai? Ini kan getah rambut budak-budak ni..."

Haaaaaaaii.... ke situ pulak dia! Tak fasal kena jeling......

1 comment:

zh-ena said...

hehehheheh lawak jea korang berdua nie