Pembaca Blog Ini...

Friday, August 31, 2012

Merdeka!

Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya join konvoi konvoi ni.
Masa tu mood tengah baik. Opismate ajak join. Tetiba saya jawab, oklah... 
hehehe


Balik rumah baru tanya cik abang dia nak pi ke tak?
Haruslah dia nak kan...
Sebab dia memang suka aktiviti gini. Lagipun, hari merdeka takde aktiviti. 
So, dari duk berenang atas tilam, bailah kita pi konvoi.


Kumpul jam 8, jam 9 baru gerak dari UCB.
Biasalah kan.. Dah ramai-ramai ni, macam-macam. 
Nak agih benderalah, nak susun keretalah...
Saya duduk bertenang je dalam kereta. Siap boleh tido se round dua. Hampeh je.


Kira-kira 100 buah motorsikal, 20 ++ kereta staff,
3 buah bas UCB, van dan motor polis menyertai konvoi.
Sangat meriah!!!! dan.... bendera pun banyak jatuh.. huahuauuaua
Pusing satu daerah Setiu. Sampai kat masjid Penarik awal.


Makan tengahari belum ready.
Katanya ada gulai kawah bagai. 

Tapi, lambat beno.
Lepas tu, tentatif secara sah tak diedarkan kepada peserta.
Bila dah ke laut memasing, payahlah nak kumpul balik. 

Kitorang berdua pun ngelat.
Pi makan Pizza Hut kat Giant, Kuala Terengganu.
Hah hah hah

No comments: