Pembaca Blog Ini...

Saturday, September 1, 2012

Kunjungan Pertama

Di hari merdeka juga, kawan lama datang rumah. 
Ini kawan masa sekolah, memang rapat kalau jumpa gila tak leh berhenti nak borak. 
Memang kalau borak, tak tidooooo malam.. hahahah
Tapi, sejak dah kahwin masing-masingbawa haluan sendiri.
Jarang jumpa dah. Lumrah alam...


Dia dan sedara mara dari Pasir Mas singgah lah kat teratak comel kami berdua. 
Masa dia call nak mai tu, kitorang baru balik konvoi (eh, makan Pizza). 
Lepas dia call, terus masing-masing bangun laju-laju pi kemas apa yang patut.


Adoi la..
Bila saya kemas rumah sampai licin tak de habuik, mesti tak de orang nak datang. 
Kalau rumah tengah kelam kabut, habuk tebal lama tak mop.. 
tetiba abah nak datang laaaaa, nak tumpang solat laaaa.. hahahahhaha.. Psiko!


Apa-apapun, kedatangan tetamu adalah sangat dialu-alukan. 
Tetamu yang datang memebawa rezeki untuk tuan rumah, kan?
Maka, mari kita jamu tetamu dengan air tangan kita sendiri. 
Oh, peti ais dah kosong. Kedai adalah tutup hari Jumaat. 
Tetiba teringat spageti beli sebelum raya ada sepaket belum guna. 
Ada ayam cincang, sayur sawi dah sedih.. 
Hah.......... kita goreng aje spageti macam mee goreng!
Sirap? Hahahahhahbis jugak! 
Nasib baik dari sikit lagi dalam dua sudu. Ok, cukup!


Hahahhaha.. kelam kabut. 
Dengan tak de kuih raya nya. Mati laaaa orang datang nak angkat apa, kan?
"Belasah je apa yang ada," cik abang cakap.

Gambar: Cilok dari FB dia.. hehehe


Terima kasih kerana sudi singgah. 
Jangan serik! Lain kali sila datang lagi. 
Bawak cik abang pulak.
Kita borak sampai tak tido malam.
Berani?


lalalalala

No comments: