Pembaca Blog Ini...

Wednesday, August 29, 2012

Mee Bandung Segera

Semalam balik kerja lapoooooo sebab tengahari tak makan. Makan pagi je lepas tu tak makan dah. Mana tak berdangdut tali perut bagai.. =)


Dalam peti ada mee kuning dibeli sebelum raya. Konon cik abang nak makan mee goreg time sahur. Aduh, saya ngantuk! Tak bangun dan terbengkalai laaa mee dalam peti seminggu lebih sebab lepas tu raya balik Melaka. Ada ayam sikit sikit lagi sebelum raya punya stok jugak. Puasa yang last-last hari tu makan rumah abah sokmo. Makanya, tidak luak lauk mentah dalam peti. Telur pun ada tiga biji.




Dalam kepala dah ada idea. Nak buat mee bandung lah. Jom bang... Singgah kedailah, apa lagi? Beli sawi sikit, dengan perencah mee bandung Adabi. Mudah dan sesuai sangat dengan hamba Allah yang sedang lapaq kebuluq.. huahahuauuaa.. Cara masak? Belakang pek tu kata, panaskan pes dengan air. Bila dah didih buh telur, ayam, dan bila telur dah masak, masukkan sayuran. Tak sampai 30 minit.... Siap! Masak pakai api besar sebab nak kasi cepat masak dan taruk tepung jagung sebab nak kasi kuah pekat cepat. Tabur bawang goreng... Uiiiiiiiiiiiiiiiii............!


Gambar siap tak de sebab kebuloq bebeno. Tak sempat amik gambar semua dah licin.  Cik abang kata, "Habislah diet kita..." Saya macam, "Eh? Apesal pulak? Esok sambung diet baliklah..." Kan? Kan? Kan?

1 comment:

PUANSTOBERI said...

sedap?? nati akak nak try beli gak lah. hihi :D