Pembaca Blog Ini...

Wednesday, November 7, 2012

Adikku Mahu Kahwin

Hari ni hari Rabu. 


Saya call adik saya yang bakal bernikah Sabtu ni (10/11/12). Saya baru sedar esok adalah Khamis. Hahahhaa.. Apa nak jadi ni? Hari pun boleh lupa. Kerja banyak. Tapi, takyah berungut lah sebab kalau takde kerja baik resign je, kan? kahkahkah
 

Apapun, saya sempat suruh adik saya praktis akad nikah. Jangan lupa atau gagap sebut nama bakal isteri. hahaha.. Pepandai je, kan.. Masa saya nikah dulu, cik abang gugup sampai tertukar Rukun Islam, Rukun Iman. Bukan tak reti, tapi darah gemuruh sebab semua orang duk pandang dia, kan.. Adik saya cakap dia tengah praktis baca lafaz taklik dalam tulisan jawi. kahkhakhakah.. Kat Johor pakai tulisan Jawi kot. Dia cakap, "Aku ni darjah 3 baru pandai baca rumi... Nak baca jawi darjah 5 baru lancar.." ahahahaha


Kesian, adik aku. Dia memang pandai baca rumi darjah 3. Entah apa masalahnya. Emak kata, dia ni malas belajar sikit. hihi.. Itupun, lepas kita adik beradik semua pakat-pakat main tulis-tulis lepas tu baca-baca depan dia. Lepas tu gelak-gelak ramai-ramai. Kira macam psiko kan jugaklah biar dia belajar membaca cepat sikit. Adoi! Ada ke dia baca "SEKOLAH itu Mulia" jadi "SELEKOH itu Mulia" kahkahkah. Agaknya dah puas kena gelak, dia pun amik inisiatif sendiri belajar baca buku diam-diam dalam bilik. Lama-lama dia pandai lah membaca. Syukurlaaa... Ingatkan dia kena Dysleksia ke apa, kan..




Dek kerana kurang pandai membaca, darjah 1-3 dia selalu periksa dapat nombor satu dari belakang.... Kengkadang nombor dua dari belakang. hahah.. Tapi, lepas dia pandai baca rumi.. sekolah dia (dia sekolah swasta) tukar sistem guna tulisan jawi pulak. Hahahah..Merana badan. Kenalah belajar jawi pulak.


Takpe.. sekarang dah kerja bagus pun. Dah nak kawin dah pun. Alhamdulillah. Harap-harap bila ada anak nanti, anak sedara saya tu cepatlah pandai membaca. Tapi, kalau lambat sikit tu, kita tahulah ikut DNA siapa.. kahkahkah (kurang asem punya mak sedara!) Takpelah.. Biar lambat asalkan selamat! =)


Taklah, jangan salah sangka. Saya bukan cerita ni nak malukan dia. Saja je cerita sejarah. Lagipun, sekarang dia ok. Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masa arwah ayah sakit kat hospital. dia yang urus semua benda. Ke hulu ke hilir hantar amik adik-beradik yang kecik-kecik ke hospital tengok ayah. Walaupun dia bukan anak sulong lelaki. Maksudnya, defect dia yang lambat membaca tu tak de kesan pun masa dia dah dewasa ni. Cuma, dia kena selalu praktis lah membaca. Kang kalau tidak, lupa pulak.... kahkahkah... (*eh, tergelak pulak!)


Ini dia nak bernikah cepat ni pun sebab belah perempuan tak mau adik-beradik kawin tahun yang sama. Yelah, bulan 3 kang adik saya kedua nak bernikah. Menurut adat (Jawa) tak boleh adik beradik bernikah tahun yang sama. Emak kata, apesal pulak? Nak kawin kan benda baik. Apesal ada tarikh bagus tak bagus? Entah lah, emak.... Ikutkan ajelah. Kita nak amik anak orang, ikutlah adat orang.. heheh


Entah kenapa, saya pulak rasa berdebar... Saya cakap kat dia. "Oi, Am! Kalau lebih tiga kali lafaz, aku lari balik tak ngaku adik.. Jangan buat malu, tau!" hahahah.. Saja kasi dia tertekan sikit.


Ini majlis bernikah saja. Bulan 3 nanti baru kenduri sambut menantu belah keluarga kami. Sekaligus dengan yang no. 2 tu. Mohon doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat seperti yang dirancang.


Amanat ayah: 
Kita dah berjanji (bertunang). Jadi, janganlah mungkir janji. Jagalah maruah keluarga kita!


2 comments:

zh-ena said...

wah terus dpt adk ipar sekali 2 jea ain

Sidratul Muntaha said...

jgn lupa ajak aku gi melaka.
boleh aku jln2..
aku mark kalender nih