Pembaca Blog Ini...

Friday, November 23, 2012

Hi-Tea



Tadi (Jumaat 23/11/12), pi Hi-Tea dengan Datuk Abdul Rahin
di RiYaz Heritage Resort & Spa Pulau Duyung. 
Alaahai... tempat orang buat Monsun Cup tu...


Discuss fasal
 "Perancangan Pembangunan Industri Pelancongan
 di bawah ECER dan Kerajaan Terengganu" 
untuk class project EMBA.


Makanan sangat banyak. Buffet, kan..
Ada kebab, aneka mee, kuih, nasi beriani, kek, puding, buah.. 
bla bla bla bla


Tapi saya tak de selera 
sebab baru selesai teman cik abang makan tengahari pukul 2.30 petang. 
Discussion start pukul 3.30 petang. 
Perut ketat gila...
Tapi, saya makan jugak sebab perut saya kan anjal. 
kahkah


Saya amik beberapa jenis (potongan kecik je) kek,
puding mangga dan puding honeydew dan puding roti,
kuih koci, kuih ketayap, fruit tart 2 keping, buah-buah campur banyak jugaklah...
Air sejuk dua gelas (memang tak leh tengok air sejuk)
Eh.. macam banyak je. Kata tadi takdak selera? kahkah
Saya amik jus barli. Tetiba rasa macam 'bau lipas' pulak.
Potong selera.
heheh


Input: 
Banyak betul perancangan untuk Negeri Terengganu. 
Semoga ianya bukan 'umpan' pilihanraya semata-mata. 


4 comments:

Zura Tahir said...

wow..best lah dpt makan..

puanstoberi said...

tahun melawat terengganu kan nati 2013.. :)

zh-ena said...

pas nie blh la melawat terengganu..

~ain said...

zura.. makan.. mmg laaa best..

kak reen dan ena.. meh! ramai-ramai dtg tganu! ain belanja kepok lekor!