Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 30, 2012

Selamat tinggal, 2012!

Januari - 
Interview sambung belajar secara spontan. Tapi, masih berbelah bagi samada nak sambung atau tidak. Cik abang bagi semangat. Dia janji akan teman saya dengan syarat, kalau saya dah berjaya jangan lupa dia.


Februari -
Daftar di UiTM Dungun. Apply myBrain punya biasiswa.
Kawan baik saya mengalami cyst 12cm dan terpaksa dibedah segera. Sedihnya!


Mac -
Kelas Master mula! Saya jadi student semula.
Dengan darah dan air mata (ewah) saya buat keputusan ini
demi masa depan dan kepuasan diri saya sendiri.
Novel terakhir siri LEGO diterbitkan.
Ulangtahun perkahwinan yang ke-4.
Saya dapat rasakan saya semakin sayang dan cintakan suami saya yang comel itu. kehkeh...


April -
Try apply PTPTN sebab takut tak dapat biasiswa MyBrain.
Urusan tah macam-macam termasuk buat akaun SSPN.
Abang juga yang temankan. 


Mei - 
Belajar Perakaunan. Killer paper untuk saya. Kemudian kena repeat! Huarghhhhhhhhhhhh...
Kali terakhir duduk Hotel UiTM, Dungun. Sebab?
Kalau nak tahu, sila email saya norainiammran@yahoo.com


Jun - 
Berjaya dapat myBrain. Buat tak tahu je dengan PTPTN. Nasib baklah..
Syukur ya Allah.. Alhamdulillah.
Dua sem je pun boleh cover yuran. Tapi, oklah kan... Sape nak kasi 10k sesaja?
Ayah mengadu sakit perut. Bawa ayah check up kat KPJ Seremban.
Dapat tahu ayah sakit barah hati stage 4. Sedih!!!!!!!!!!


Julai -
Ke Cameron Highland dengan kawan opis abang.
Balik Serdang tengok ayah.
Ayah masih ok. Boleh solat macam biasa je subuh.
Tapi, ayah bangun awal baca Quran dulu.
Ayah cakap kat saya, "Ayah dah kena fikir fasal mati..."
Saya marah ayah (sebab saya sedih), "Alaaaa, ayah ni ngade! Semua orang pun mati laaaa!!" ~nyesal


Ogos - 
Cuti semester. Dapat duit royalti.
Woooooowyyy! Saya guna untuk bayar duit yuran Master
dan bayar duit yang saya pinjam dari seseorang untuk bayar deposit rumah.
joli 2k aje. kehkeh.. Joli katanya!
Bulan puasa. Biasa lah.. Pi shopping raya sakan.
Hati sedih kena raya rumah mertua. Ayah kan sakit.
So, sedih.....
Tapi, kena kasi juga peluang buat abang.
Sebab tahun ni memang giliran kampung dia.
Sabarkan hati dan beralah memandangkan abang terlalu baik untuk saya.


September - (Bulan paling sedih sepanjang tahun)
Abang bawa balik Melaka hari raya kedua.
Sampai Melaka raya ketiga.
Ayah tunggu dengan pasang lampu liplap.
Ayah kasi duit raya kat semua orang. Sedih!!!!!!!!!!!!!
Emak sms. Ayah makin teruk.
Mak bawa pi Hospital Serdang.
Doktor kata ayah takde harapan dah.
Sel kanser dah ratusan ribu dalam darah.
12 September - Ayah pergi buat selama-lamanya.


October - 
Ayah masih dirindui.
Abah jadi wakil meminang gadis Manir untuk adik saya yang kedua.
Pertunangan ringkas dijalankan.


November -
Adik ketiga saya berkahwin dengan gadis pilihannya.
Akad nikah diadakan di Batu Pahat, Johor.
Rumah saya direnovate. Buat garaj dan tambah depan kasi comel.
Duit banyak habis. Barang mahal. 


Disember -
Beli laptop baru dengan penuh kesedihan.
Menaip entri ini


Selamat tinggal, 2012! Tahun yang memberi banyak pengajaran buat kita semua,
Semoga Allah mmberkati perjalanan hidup kita sehari-hari...

1 comment:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

semoga yang lebih baik menanti kita. Insya Allah