Pembaca Blog Ini...

Monday, December 31, 2012

Aku, Dia, Mereka dan Ais


Nak luahkan perasaan ni.. Hari ni kerjalah macam biasa. Takde kelas tapi, duk menanda kertas exam banyak gila nak mamps.. Sampai tersengguk-sengguk dah ni..


Masa makan pagi tadi, ada lori ais lalu depan kedai.
Cik abang perli saya, "Yang , itu kan lori kilang Sayang tu?"


Hari tu, dia marah saya asyik minum ais sampai ugut nak bakar kilang ais. Apa da.....?


Saya memang suka ais. Suka! Sangat menyegarkan kalau dapat ais. Lagi pulak, kalau tengah haus dan panas. Saya bukan tak minum air masak. Saya minum sebotol besar 1.5 liter mesti habis setiap hari kat opis. Tapi, kalau kat rumah.. saya selalu geledah peti ais cari ice cube.. Tak kisahlah air kosong pun, asalkan sejuk! Kalau rajin, saya buatlah air manis macam air sirap ke, teh ke... 


Cik abang selalu bising. Dia macam sangat memerangi air sejuk dan air manis. Kat kedai asik mintak air suam je.. Tapi, kalau saya buat dia minum jugak. Padahal dia malas nak buat. Alasan laaa macam-macam. Jaga kesihatan lah apa laaaa... 


Sampai pi potluck rumah si Ayu Blog, haku sempat tanya, "Ada ais?" hahahhahah.. buat malu company! ahahhahhaa.. Takpelaaa. Ayu je pun. Kawan kembar tak seiras, kan? Apa nak malu?


Yelah, betullah! Ais ni tak baik untuk kesihatan. Urat beku laaaa apa la... Tapi, dah sedap dan nikmat.. Apa nak dikata. Kadang-kadang saya tahan juga, tak minum ais. Buat air panas. Tapi...... Tak tahan! Air panas tu, saya tunggu sejuk dan buh ais jugak akhirnya. Dah nak buat camne.. Kenapalah mendalah sedap ni biasanya tak baik untuk kesihatan? Menyampeh.....


Cik abang geleng kepala sambil membebel, "Jaga gok kesihatan tu. Nanti lemau je kang!" Kebetulan masa dia bebel tu, saya tengah minum air mineral. So, menjawab lagi laaaa kan saya kan.. Selagi mampu...


Hari tu, masa tengah minum petang sekeluarga ipar duai semua tak tahan minum ABC. Ngilu gigi laaaaa katanya. Saya rilek je. Hantu ais, kan! Pelik saya tengok diorang tak habis ABC. Saya macam nak menambah satu lagi je... 


Naim cakap, "Along jumpa ais, macam nampak emas..." Dia siap kasi nasihat, "Along, ais kan buat kita jadi gemuk macam lembu... Bahhhhhh Bahhhhh... " ~ siap buat bunyi lembu. Naim 10 tahun, lepas makan minum air suam. Jaga buah pinggang.. Alaaaaaah, perut ko buncit juga, Aim! Ahaksssss......


Ok, disebabkan faktor umur yang semakin meningkat kini, sempena tahun baru 2013 ini saya akan cuba kurangkan pengambilan ais dalam hidup sehari-hari. Bukan berhenti terus tau! (tak berani nak janji berhenti terus)... Saya akan kurangkan ais.. Kalau biasa sehari tu 5 kali, saya akan kurang jadi sekali je.. 


Berjaya atau tidak? Sama-sama kita saksikan...


Gitewwww!

3 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ohh...gitu kisah nye. mari la kita sesama. Has x kisah ais, tp x leh tanpa nescafe tarik...sehari 2-3 gelas. skrg cuba segelas je...

Unknown said...

Kalau saya lak...kat kedai wajib minum ais...kat umah air suam aje

Tie HT said...

tu la ain akak pn ske ais..cian akak..tp skang mcm dh kurang cket sbb ujan kot..org kata kalo ske sangat ais nt rahim bengkak..wallahualam..nakutkan jek