Pembaca Blog Ini...

Tuesday, February 26, 2013

Adikku Mahu Kawin!

2013 ada dua kenduri. InsyaAllah.

16/3 nanti di Melaka. Adik lelaki saya 2 orang terus naik pelamin (amik gambar aje)

Lepas raya, InsyaAllah giliran adik ipar pula bernikah dengan pilihan hatinya. Orang kampung je bakal tunang dia tu. Takyah travel jejauh..


Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Saya doakan cepat-cepatlah adik-adik saya timang anak. Biar emak seronok ada cucu. Naim pun seronok jadi Busu. takdelah asik nangis rindukan ayah aje.. Nak harapkan saya? Saya rasa emak pun dah give up.. hahahaha.. (Baca: Tuhan aje yang tahu.)


Esok pagi, emak dan keluarga dari Melaka akan gerak ke Terengganu. Adik saya yang no. 2 nak nikah dengan orang Terengganu. Haaaaaaaaaaaa, sibuk aje tiru aku! hahahahah.. 1/3 adalah tarikh nikahnya. Sebelum solat Jumaat. Semoga semuanya berjalan lancar...


Rumah belum berkemas. Bersepah-sepah.. Barang IKEA yang beli 3 minggu lepas pun belum simpan lagi. Tah laaa.. Balik kerja dah penat. Terus terbaring. Alahai.... penyakit M tu lah yang besar sangat tu. (membebel kat diri sendiri)


Balik kerja ni, mesti kena kemas jugak rumah. Rumah kecik je tapi nak kemas pun failed! Kalau dapat rumah besar, entah jadi macam rumah hantu kot.. 


hahah.. Ok, nak sambung tanda kertas exam student!


Bai...



1 comment:

Unknown said...

In Sya Allah ena dtg kot
sebab 16/3 tu sepupu ena pun kawen kat alor gajah