Pembaca Blog Ini...

Wednesday, April 24, 2013

Emak, Jom Pergi Pulau Perhentian!

Emak dan adik-adik nak datang sini malam ni! Yeay! Rumah pun dah kemas dan berajah baru.. Bilik tetamu je blom kemas. Malam ni laaaa kot. heheh

Saya nak cuti esok, tapi saya tengok kat HR cuti saya tinggal 19 hari? How can? Saya rasa macam banyak lagi.. Peliklah.. Hari tu bos tak approved EL saya sebab saya tak dapat tunjuk surat mati. HR kata jadi unpaid leave lah. Ok, nak potong gaji saya 2 hari. Saya pun ok jelah. Takkan nak sembah bos suh dia approve kan. Dah orang pun dah mati. Nak dipanjang2 kan buat apa. Saya redho je lah.. Hari ni saya tengok, gaji saya kurang 95 sen. Hah? Gaji aku sehari 47.5 sen ke apa ni? Mak confuse, nok? Lantoklah.. Kalau kita kerja lebih tu idok pulak dikira. Yang kurang tu cepat beno nak dipotong. Ambiklah.. Haku niat sedekah ke anak yatim je..

Ish.. Dah lah membebel. Nanti aura negatif beranak-anak dalam badan.. heheh So, tak leh lah cuti esok. Kenalah berkejaran balik tengahari kejap. Esok kerja sampai pukl 3 je pun. Saya pesan suruh mak bawa sweater tebal sebab bas express malam adalah sejuk sekali. Emak gelakkan haku. Dia kata kulit dia tebal. Tak heran sejuk laaaa.. hahahah... Emak.. Emak..

Saya nak pi jemput mak kat Melaka. Tapi, emak datang sini nak p Pulau Perhentian. Kereta emak pulak ada dengan saya. Kalau saya jemput emak, macamana emak nak balik? Emak boleh drive tapi macam tak nak lepas je mak drive sendiri dari Terengganu ke Melaka sendiri. Saya tak nak lah biarkan emak drive sorang macam tu. Pastu yang menemannya budak hingusan sekolah rendah. Kalau ada lelaki dewasa, boleh tahan kan.. Dah lah jauh.. Kejam kot!

Adik saya yang duk Penang tu datang naik flight dari Penang. Bini dia dari JB pun naik flight. Dorang tak banyak cuti nak drive lama-lama. So, siapa nak hantar emak kan? Dulu arah ayah ada. Bolehlah drive. Sebab tu lah sekarang emak dan adik-adik naik bas ke Terengganu. Nanti Selasa atau rabu depan kita hantar emak balik Melaka. Gitu....Kalau mak naik bas ni, boleh rehat sket. Naik je bas, tidooooo... Bas berhenti, turun... Dah sampai.. Tak yah pikir apa dah. Kalau drive sendiri, haaaaa.. mana nak pikir tol lah.. selekoh lah.. petrol la... ahahahah

Emak nak pi Pulau Perhentian. Masa ayah ada pun, ayah dah rancang nak pi pulau ni. Tapi, tak kesampaian. Masa tak mengizinkan. Tak sempat. Ayah dah sakit bulan 7. Bulan 9 dijemput Allah. Sekejap je. Sekelip mata. Banyak perkara ayah nak buat tapi tak sempat. Takpelah... Bukan rezeki ayah. Jadi, emak pun kata... "Ayah yang dah pergi tu, redho kan ajelah. Kita yang hidup ni takkan nak bersedih je. Kita kena teruskan hidup jugak."

Betul lah, kan? Kita pi bercuti rehatkan badan, tenangkan minda. Bukan bermakna kita lupakan ayah. Ayah selalu dalam hati kita. 

Maka, marila kita ke Pulau Perhentian. Mungkin percutian keluarga kali ini tidak seperti sebelum ni. Takpelah... kita proceed ajelah. Siapa tak leh ikut, tak de cuti lah, tak sempat datanglah, jauhlah, apa lah, itulah, inilah... Tak payah ikut. Nanti jangan kata orang boikot pulak. =D

Nanti... kita update cerita fasal pi pulau tu. Saya duduk 5 tahun kat Terengganu. Setiu plak tu. Dekat je dengan pulau. Tapi, sekali pun tak pernah pergi. Tengoklah.... kot lepas lepas ni makin kerap pulak ke pulau ke kan.. heheh

Ok, bai...

[Tak sabar nak snorkeling]





4 comments:

Ms Haslina said...

seronoknya pergi bercuti. melihat laut pasti sesuatu yang menenangkan.
selamat bergembira...

zarena heeney said...

ena pun tak pernah jejak lg

Has said...

slmt bercuti ain. best nye perhentian!!

perhentianraisya said...

Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Kalu ada sebarang pertanyaan berkenaan pakej atau penginapan di Pulau Perhentian hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com