Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 22, 2013

Afiq Muiz yang Pelik

Hari ni bangun awal (ahahhaa perlu ke bagitau?) Dan hari ni nak bergosip (basi) fasal artis sket. Korang rajin, bacalah.... Kalau malas, tak baca pun takpelah.. haha


Gosip apa lagi kalau bukan gosip paling hangat di MELETOP! minggu ini. Kes Afiq Muiz dan ibunya tu lah. Takde gambar.. Malas nak masuk gambar budak tu dalam blog ni. hahaha Emosional plak ahkak ko sorang ni!


Saya ni mana lah peka sangat fasal artis-artis bagai. Pulak tu fasal artis-artis baru ni. Mana lah kenal sangat. Kenal si Afiq ni pun sebab dia ada masuk Masterchef Selebriti baru ni. Masa tu macam eh.. siapa mamat ni? Dia berlakon cite apa? Tapi tak kesah sangatlah sebab saya sekarang tengah minat Izzue Islam. kahhhhhhhhhhhh!


Petang semalam macam free sket sebab bos takde. Patutnya pi jumpa bos sebab ada hal sket nak bincang. Dah bos takde, makanya semalam rilek (walaupun kerja ada, tapi buat tak nampak je). Jalan-jalan blog artis. Hahahaha.. Orang dah lama tau fasal ni, saya bru terhegeh-hegeh nak baca. Alahai, takpe.. Bukan penting sangat pun... 

Sedih lah baca cerita macam ni. Saya up lah kat FB fasal peliknya si Afiq ni buat mak dia gitu. Pastu, kawan saya suh tengok Melodi kat tonton.com. Balik je rumah, terus buka tonton. ahahhahah .. Semnagat lebey. 

Tetiba nampak gf dia yang boleh tahan jugak mulut.dia. Ada ke dia cakap mak Afiq tu kurang siuman? Kurang asem betul. Kalau aku, orang cakap mak aku macam tu memang rabiklah mulut ko. SI Afiq boleh diamkan orang hina mak dia. Pastu orang nak saman mak dia, dia ok je sebab nak pertahankan hak. Astaghfirullah alazim....


Boleh pulak dua orang manusia ni berdrama nangis bagai. Afiq, (macam dia baca blog aku).. pergi lah balik jumpa mak ko. Takkan mak ko nak bunuh ko kot.. Ada ke dia cakap mak dia tak sayangkan dia. Hanya sayangkan duit dia aje. Laaaaaaaaaaaa... ko anak kan. Mak ko nak duit, apa masalahnya ko bagi. Bukan ko takde duit... Tak ingat susah payah mak ko beranak kan ko, besarkan ko. Kalau dia tak sayang, memang dah lama dia buang ko masa kecik lagi. 


Dia cakap, biarpun mak dia sumpah seranah dia.. rezeki dia tetap murah. Haaaaaaaa... ini memang kurang didikan agama lah ni!!! Geram betul aku.. Takbur! Kang kena sambar petir kang baru ko tahu. Nak tunggu mak ko mati baru ko nak sujud kat kaki mak ko? Terlambat dah, dik... Please laaaaa insap sket. Selagi mak ada nilaaaaaa nak buat baik kat dia, dik....


Malam tadi duk bebel2 fasal si Afiq ni je. Cik abang pelik tengok saya sebab selama ni manalah saya suka amik tahu hal artis. hahaha .. Tetiba kes ni, kemain cakne lagi.. Cik abang kata, GF dia yang salah sebab jadi 'nasi tambah'. Patutnya budak tu (18 tahun ok) kena diam je. Jangan campur hal keluarga Afiq. Biar Afiq selesaikan sendiri masalah dia dengan famili dia,  Ada pula, mak dia pun sibuk nak campur hal si Afiq ni.. Semak laaaa hai hai hai.. Pompuan tu mmg sengajalah nak tumpang publisiti murahan si Afiq tu. Dahlah tah sesapa. Berlakon drama apa pun tak tahu...


Kita tak tahu apa sebenarnya yang jadi, kan? Mungkin memang mak dia salah juga sebab up cerita kat media. Cerita keluarga tak perlulah bagitau media. Yang sikit jadi banyak. Yang biasa boleh jadi teruk, kan? Mungkin silap mak dia kat situ lah. Afiq pulak, tak fikir panjang. Terus serang balas mak dia kat media. Marah.. Sound suruh mak dia minta maaf kan GF dia... Ya Rabbi... Macamana buruk pun, itulah emak yang ko tumpang perut dia dulu.. Patutnya masalah apa pun selesaikanlah sesama keluarga.. Takyah bagi statement kat media, macam ko tu dah bagus sangat! Grrrr.....


Dah aaaa.. Lenguh dah tangan menaip ni....


Buat adik-adik, janganlah jadi buruk perangai. Selagi emak kita ada ni buatlah baik terhadap mereka. Mereka susah payah untuk kita sejak dari kita belum jadi manusia lagi. Memanglah kita tidak akan terbalas semua jasa mereka. Sebab tu, buatlah sebaik mungkin untuk mereka. Biar hati mereka senang dengan kita. Kita kan nak masuk syurga kan?


Hmmm.. tak fasal-fasal blog saya ni jadi macam blog gosip MELETOP plak.... 


Bye...


4 comments:

zarena heeney said...

mmg teruk la GF afik tu
cepat2 la minta maaf kat mak dia kan

LadyHas said...

ntah pape la dia ni.. x kenal pu. tp opismate pun duk gosip hal dia ni.

Lisa Sheila said...

Emm.. tu la xtau nak cakap... ibu lah segala2nya..masa mak ada ni la kita nak berbakti kepada mak kita..bila dia dah takde..nangis n meraung nyesal x sudah nnti..dah xde gunanya lagi...

semoga Allah membuka pintu hati Afiq tu untuk kembali kepangkuan keluarga :)

Sidratul Muntaha said...

dua2 harus disambar petir!
hat mak si tino tu pun satu
l;agi digallakan..
hek eleh der
budak kecik hingus tak abis
ko ingat hakim nk layan saman2 ni?!
mak merah dulu pun saman peej pun suh setel luar