Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 18, 2013

Bebalan ke Bebelan? =)

Saya tak tahulah sama ada luahan hati saya kali ini akan dipandang serong atau tidak... 

Saya paling tak boleh blah kalau lelaki jenis tak bertanggungjawab ni. Ambil anak dara orang, bawa lari nikah kat Siam. Pastu. berlagak bagus dengan pak mertua. Cakap besar.. "Saya bukan nak sangat kat anak pakcik. Dia yang beria-ia. Kalau saya, mana-mana pompuan pun boleh saya dapat!" Kalau sayalah jadi bapak pompuan tu, aku sepak sekali nyah kau berambus dari rumah aku ni.... hahah

Pastu dah isteri tu dah sarat, boleh pulak dia tinggalkan kat rumah sengsorang. Tinggal sendiri, sampai dua hari tak makan. Sampai hatinya laa.. Dah beranak lah dalam toilet sorang diri. Macam orang tak ada suami. Nasib baiklah ada jiran sebelah menyebelah. Pastu, hantar balik rumah mak mertua buta buta gitu je. Tak de baju, tak de susu pampers bagai. Siap pesan kat mak mertua, "Duit takde lagi sekarang ni. Lepas pantanglah baru hantar berurut!" Selamba....

Astagfirullahal azim... Macam ni punya orang pun ada ke?

Kesudahnya, emak ayah lah jadi tempat bergantung.  Emak lah belikan baju, susu, pampers dan kelengkapan lain untuk cucu. Ayah lah pi panggil makcik tukang urut bagai. Emak ayah mana tak sayangkan anak kan? Kalau dia tak sayang, dah dia picit2 dari kecik lagi dulu.

Itu laaaah.. Dulu seronok beronok-ronok, tak balik langsung jenguk mak ayah. Masa senang lenang, mak ayah dibuangnya macam tu aje. Tapi, kalau aku jadi mak ayah... naik angin jugak! Mak ayah jaga anak dara dia macam menatang minyak yang penuh. Bila dah besar, ko buat anak aku macam sampah.Pukul bantai.. Kau buat macam hamba. Kurang asamlah jugak, kan?

Adik-adik.. janganlah mengikut perangai bukan-bukan tu. Apa apapun restu emak ayah sangat sangat penting. Emak ayah takkan buang korang walaupun ko dah buat salah besar macamana pun.Akhir nanti, ko akan balik pada emak ayah juga. Ko nak lari mana? Setiap denyut nadi, titik darah dalam badan ko itu adalah dari emak dan ayah...

Lelaki (tak guna) tu boleh blah... Bila dia dah tak nak, dia akan tinggalkan kau. Emak dan ayahlah yang akan terima kau walau siapa pun kau..

So, nak hargai siapa? Suami kalau baik dan soleh, bolehlah nak patuh. Ini suami pun buat emak ayah kau lebih kurang aje... Lantak situ!

Maaflaaaa... Ahkak ko emo lebey sket hari ni.. Saya sedihlah tengok mak ayah yang ada anak yang tak mau hargai orang tua. Nak balas jasanya, memang kita  tak mampu. Nak bayar setiap titik air susu, peluh perit jerih diorang membesarkan kita, memang kita tak boleh. Apa lah salahnya, kita bahagiakan mereka, buat mereka senang dengan kita sedaya upaya.... Jangan buat mereka susah hati. Saya percaya, bukan emas permata dan wang ringgit yang mereka nak dari kita. Tapi, cukuplah rasa timbang rasa, kasih sayang kita .... 

Kan?

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

indeed truly indeed
tak phm la kan
mak bpk tak onh slh ajar..
tpi itulah dugaan dan pengajaran yg Allah nk tunjuk
klu aku la kan
aku bako konek si jantan tu
baru thu langit tggi rendah
masa tu bru thu harga diri tu ade ke tak

zarena heeney said...

betul tu mmg tak mampu dan tak terbalas jasa ibu bapa nak kita balas..

Ms Haslina said...

as salam.

saya setuju 100% dengan post ini.

~ain said...

ayu.. ahahhaah.. ganasnya ko!

~ain said...

ena.. kita mmg takkan mampu balas jasa emak ayah. tapi, kita boleh cuba gembirakan hati dorang kan?

~ain said...

haslina.. wsalam..

ok, undilah saya di PRU akan dtg!

hahahaha